Monday, November 28, 2016

Memang Melampau!! Kenapa Sampai Ganggu Anak Nora?

Memang Melampau!! Kenapa Sampai Ganggu Anak Nora? 


Peserta yang tersingkir di konsert Gegar Vaganza separuh akhir, Nora mengakui menerima kecaman teruk daripada netizen.

Ini berhubung konflik pertukaran lagu itu sejak minggu Rockdut, apabila dia dikatakan menukar lagu dangdut yang diterimanya kepada lagu rock berjudul Bring Me To Life.


Ini ditambah dengan isu dia menyanyikan lagu sendiri.

Kata Nora, pelbagai tomahan dan fitnah yang dilemparkan sehingga menjejaskan maruah sebagai seorang penyanyi dan isteri.

Bukan itu sahaja, anaknya turut diganggu oleh penonton GV3.

Ini komennya:


ANAK DIGANGGU

"Ramai netizen yang benci saya sejak isu tukar lagu dangdut lagi, saya sudah jelaskan ia bukan kehendak saya tetapi pihak produksi yang salah umum.

"Mereka mula buat tuduhan yang bukan-bukan kononnya saya ada skandal dengan orang Astro dan macam-macam lagi.

"Bukan saya sahaja, malah anak saya yang sedang mengambil peperiksaan di sekolah juga turut terkesan apabila pemeriksa bertanya kepadanya mengapa emak awak tukar lagu, kasihan dekat dia tidak fokus menjawab,"


RAKAN ARTIS SIKAP LAIN MACAM

Lebih parah lagi, Nora berkata, perkara itu juga menjejaskan hubungannya dengan orang sekeliling dan rakan artis lain yang mula memberi persepsi negatif kepadanya.

"Ia benar-benar memberi kesan negatif, malah saya berjalan pun orang pandang, antara rakan artis pun bersikap lain terhadap saya dan ada juga menegur saya menzahirkan rasa simpati.

"Ada juga individu hantar mesej peribadi saya untuk meminta maaf kerana mengutuk saya di laman sosial. Apa semua ini?," 


ISU BERLAGAK

"Saya sudah lali dengan tuduhan ‘kekwat-kekwat’ (sombong), diva-diva ni, saya ni orang lama bukan budak-budak yang baru menyanyi, tolonglah beri sedikit rasa hormat.

"Macam juga wartawan, kita ada wartawan senior dan wartawan junior, tidak boleh di samakan, ada juga jurang-jurang itu," 



Tentang isu 'berlagak' Nora berkata, sebagai artis berpengalaman lebih 20 tahun, dia perlu mendapat sedikit rasa hormat.

Selepas tersingkir, Nora akan berehat bagi meluangkan masa bersama keluarga dan anak-anak.

0 comments:

Post a Comment