Thursday, November 24, 2016

Pasangan "Buli" Pegawai Wanita MBSA Akhirnya Dihukum Penjara

Pasangan "Buli" Pegawai Wanita MBSA Akhirnya Dihukum Penjara



Suami isteri kurang ajar telah membuli anggota penguat kuasa wanita Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ketika menjalankan tugas di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh semalam.

Video perbuatan terkutuk mereka menjadi viral dan menimbulkan kemarahan orang ramai.

Yang terkini tentang pasangan ini, mereka telah ditahan polis dan telah dijatuhkan hukuman penjara 14 hari.

Majistret P Sarulatha telah membuat keputusan menjatuhkan hukuman tersebut kepada pasangan suami isteri itu.

Mereka berdua telah mengaku salah mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam menjalankan kewajipan yang sah di sisi undang-undang.

Nama mereka ialah Lor Ka Hoo, 35 tahun, dan Tan Sit Fun, 30 tahun.

SMajistret Sarulatha turut memerintahkan tertuduh membayar denda RM3,000 seorang dan jika gagal, tertuduh diarahkan penjara tujuh hari.

Bagaimanapun, Sarulatha membenarkan penangguhan hukuman sehingga selesai rayuan dan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM2,000 setiap seorang.

Kedua-dua tertuduh menggunakan kekerasan jenayah terhadap Nurul Ain Isa (mangsa) ketika sedang menjalankan tugas.

Nurul Ain telah mengeluarkan saman ke atas sebuah kereta (milik pasangan itu) yang tidak mempunyai kupon bayaran letak kereta.

Kerana disaman, pasangan suami isteri itu telah mengganggu Nurul Ain dan si lelaki terbabit dilihat menghalangnya untuk berjalan.

Video perbuatan pasangan itu menjadi viral di laman sosial dan menerima kecaman orang ramai.

0 comments:

Post a Comment