Sunday, November 6, 2016

Rumah Tangga Dengan Farid Kamil Dilanda Badai, Ini Luahan Penuh Diana Danielle

Rumah Tangga Dengan Farid Kamil Dilanda Badai, Ini Luahan Penuh Diana Danielle


Hari ini orang ramai dikejutkan dengan berita perkahwinan pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle yang dikatakan bermasalah.

Berita perkahwinan mereka dilanda badai ini mula tersebar setelah Diana Danielle telah pergi ke mahkamah shariah.

Dikatakan Diana ke sana untuk mendapatkan khidmat nasihat peguam syariah tentang masalah rumah tangga mereka.

Ini luahan penuh Diana Danielle

Selisih Faham

“Perkara itu memang benar, tetapi untuk apa, ia terlalu peribadi untuk dinyatakan. Usia perkahwinan kami masih terlalu muda. Empat tahun berkahwin belum cukup untuk saya dan suami mengenali satu sama lain secara mendalam. Kadang kala, perselisihan yang berlaku menyebabkan saya terlebih emosi,”

Tindakan Ke Mahkamah Satu Kesilapan

“Tindakan (ke mahkamah) saya itu bagaimanapun, tidak tepat kerana tidak terlebih dulu bersemuka dan berbincang dari hati ke hati dengan suami. Saya hanya memikirkan hati sendiri yang terluka, tanpa menyedari saya juga pernah melukakan hati suami”

Farid Terkejut

“Tidak dinafikan, Farid terkejut dengan tindakan saya ke mahkamah. Bagi saya, apa yang berlaku itu menjadi maran buat Farid yang tidak pernah menyangka, saya berani bertindak sejauh itu,”

Pendam Rasa

“Apa juga masa yang timbul, setiap pasangan perlu berbincang dan meluahkan ketidakpuasan hati, bukan memendam rasa. Sebelum ini, kami ‘makan hati’ dengan sikap masing masing yang tidak mahu meluahkan apa yang terbuku di hati. Lama kelamaan, ia menjadi barah dalam rumah tangga,”

Kata Diana lagi, Farid Kamil tidak setuju untuk bercerai.

Mereka berdua telah bersemuka tentang hal ini dan barulah tersedar bahawa dia dan suami sama sama melakukan kesilapan.

Diana pun banyak memendam rasa, Farid pun turut memendam rasa.

Pasangan ini telah berkahwin pada tahun 2012. Hasil perkahwinan, Farid dan Diana telah dikurniakan dua orang cahaya mata, Muhamad yang berusia 3 tahun dan Nur Aurora yang berusia setahun.

0 comments:

Post a Comment