Sunday, November 20, 2016

Sila Hormati JALUR GEMILANG Di Baju Saya!! - Iskandar Berang Sikap Kurang Ajar Jorgensen

Sila Hormati JALUR GEMILANG Di Baju Saya!! - Iskandar Berang Sikap Kurang Ajar Jorgensen


Tindakan pemain Denmark, Jan Jorgensen melemparkan baju pemain negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin ketika perlawanan separuh akhir kejohanan Terbuka China telah dikecam.

Telatah Jorgensen itu dilihat melampaui batas dan agak kurang ajar. Ianya turut mengundang kritikan dari Iskandar Zulkarnain.

Dalam insiden itu, ketika set ketiga, Iskandar terlupa untuk mengambil bajunya yang tertinggal di dalam kotak peralatan.

Melihat baju itu, Jorgensen telah melempar baju yang mengandungi lambang Jalur Gemilang ke arah kawasan Iskandar.

Susulan itu, jurulatih Iskandar kemudiannya telah mengambil baju tersebut di atas lantai.

Jorgensen juga dikatakan memperlekehkan Iskandar dengan membezakan dia dengan legenda badminton Malaysia, Datuk Lee Chong Wei.

Iskandar telah meluahkan perasaan kecewanya dengan sikap tidak profesional Jorgensen menerusi laman sosial Facebook.

Ini komen Iskandar:

"Baju saya mempunyai lambang negara Malaysia. Saya tidak mempunyai masalah jika anda tidak menghormati saya, tetapi tolong hormati Jalur Gemilang yang tertera pada baju saya,"

Cabaran Malaysia pada badminton Siri Super Premier Terbuka China berakhir apabila perseorangan lelaki negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin kandas di peringkat separuh akhir.

Bertemu jaguh Denmark, Jan O Jorgensen yang juga pilihan ke-4 kejohanan, Iskandar tewas set pertama 20-22 sebelum bangkit pada set kedua dengan kemenangan 22-20 namun akur tumpas 7-21 pada set penentuan.

0 comments:

Post a Comment