Tuesday, November 22, 2016

"Smule Bawa Padah Pada Saya" - Achey

Smule Bawa Padah Pada Saya - Achey


Pelawak popular Achey akui bahawa Smule ketika memandu membuatkan dirinya hilang fokus dalam pemanduan.

Ketika memandu Achey telah hilang fokus apabila beliau terpaksa melihat lirik lagu tersebut di telefin bimbit dan ianaya memang berbahaya.

Selepas menyedari mengenai kesalahan itu, Achey kini hanya akan menyai di  Smule ketika tidak memandu.

Ini komennya: (SinarHarian)

"Pengalaman saya tentang fokus ini, apabila saya memandu, kesalahan yang saya lakukan adalah Smule...ini teruk saya kena kecam.

"Ini saya akui memang kesilapan saya, memang ketika itu saya pakai tali pinggang keledar, tetapi fokus saya hilang sebab saya tengok lirik, saya terlupa lirik, jadi bila fikir balik memang satu kesalahan dan saya minta maaf dan tak buat lagi," 


"Saya masih bersmule tapi saya berhentikan keretalah, tak lagi ketika memandu,"

Video Achey dan penyanyi Smule bernama Rozy menjadi viral apabila aksi Rozy bergandingan dengan Achey ketika menyanyikan lagu itu mendapat sambutan ramai pihak.

Di laman Youtube, video yang berdurasi selama 4:35 saat itu berjaya menarik jumlah tontonan sebanyak 660,438 orang.

Namun di sebalik perkongsian itu, ramai pihak yang mengecam Achey kerana dianggap memandu dalam keadaan bahaya kerana Smule.

0 comments:

Post a Comment