Monday, November 7, 2016

Tawaran Diserap Kembali Melalui Imuniti Dato Vida, Ini Komen Elly Mazlein

Tawaran Diserap Kembali Melalui Imuniti Dato Vida, Ini Komen Elly Mazlein



Selepas Elly Mazlein disingkirkan, ramai pihak yang mahu peserta ini kembali ke Gegar Vaganza menerusi imuniti Dato Seri Vida.

Menerusi satu temubual, Dato Seri Vida memujuk Elly supaya kembali ke rancangan ini.

Dato Vida ada menyuruh Elly pergi bercuti seminggu dan kembali minggu depan melalui imuniti yang dimilikinya.

Ini jawapan Elly tentang hal ini:

"Tidak, saya takkan terima walaupun ada kemungkinan diserap masuk ataupun menerusi sistem imuniti daripada penaja. Jika bukan di sini, mungkin rezeki saya ada di luar sana. 

"Saya akan teruskan kerjaya nyanyian dan lakonan saya seperti biasa selepas ini,"

Nampaknya Elly Mazlein memang tidak mahu lagi terlibat dengan rancangan ini.

Untuk pengetahuan, tahun lepas, Acong menerima imuniti dari Dato Seri Vida dan berjaya ke peringkat final.

0 comments:

Post a Comment