Monday, November 21, 2016

Uqasha Senrose Gembira, Followers Instagram Meningkat 2 Juta Selepas Buka Tudung

Uqasha Senrose Gembira, Followers Instagram Meningkat 2 Juta Selepas Buka Tudung



Pelakon Uqasha Senrose sebelum ini membuat keputusan mengejutkan apabila mengumumkan tidak lagi bertudung dan menutup aurat.

Keputusannya itu mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia dan menjadi topik bualan hangat.

Kini selepasn 4 bulan, komen negatif semakin berkurangan malah Uqasha semakin gembira dengan kehidupannya.

Uqasha juga berkata followernya di Instagram bertambah kepada dua juta.

Ini komen Uqasha Senrose: (sumber: MMO)

“Saya gembira sekarang saya jadi diri sendiri. Saya sekarang buat apa yang saya suka.

“Pengikut saya di Instagram naik mendadak. Itulah, mereka kutuk-kutuk (saya), tetapi ikut. Sekarang dah sampai dua juta [pengikut di Instagram]. Dulu 1.2 juta saja.

“Yang bercakap banyak itulah yang ikut saya,” 


“Dulu saya tutup ruangan komen sekejap sebab saya tak tahan dengan mulut haters. Jadi sekarang saya tak kisahlah orang nak cakap apa.

“Baik kita sekat mereka daripada kita sakit mental dan sakit hati bila baca.

“Sekarang sudah kurang yang membenci. Mereka boleh terima. Dah macam biasa balik dah,”


Pelakon yang juga kakak kepada Nelydia Senrose dan Rasya Rizrose ini serng dihentam setelah membuka tudung namun kini kehidupan semakin baik.

Uqasha juga telah bernaung di bawah pengurusan MIG.

0 comments:

Post a Comment