Tuesday, November 15, 2016

WOW Memang Tak Sangka!! Pelakon Jelita Izreen Azminda Bakal Bergelar Datin

Gosip: Pelakon Jelita Izreen Azminda Bakal Bergelar Datin


Pelakon jelita, Izreen Azminda dikatakan bakal bergelar Datin apabila bakal berkahwin dengan seorang lelaki VIP berstatus Datuk.

Malah Datuk itu juga dimaklumkan merupakan orang kuat dalam perniagaan Izreen yang baru-baru ini telah melancarkan set wangian jenama sendiri bernama "Lurve Me".

Ini gosip Utusan menerusi ruangan PokLip:

“Dengar cerita pelakon ini semakin rapat dengan seorang lelaki berstatus Datuk. 

Hubungan tersebut dikhabarkan berada pada tahap yang boleh dikatakan serius dan nampak gayanya akan berakhir ke jenjang pelamin. 

Malah, menguatkan lagi cerita, dengar khabarnya, lelaki berstatus VIP itu juga merupakan orang kuat dalam perniagaan Izreen sekarang ini”

“Kira ada syer sana sikit, sini sikit. Orang kata mereka ni rakan perniagaan jugalah. Seringkali dikaitkan dengan cinta lokasi tapi pelakon ini langsung menafikan. 


Tapi kalau betul cerita yang disampaikan si polan tadi, pandai sungguh Izreen menyimpan rahsia kan? Diam-diam ubi berisi kata orang tua,” 

Bagaimanapun sehingga sekarang Izreen masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai gosip cinta kali ini.

0 comments:

Post a Comment