Friday, December 9, 2016

Adi Putra Akhirnya Buka Mulut, Gembira Isteri Kedua Kini Disahkan Hamil

Adi Putra Akhirnya Buka Mulut, Gembira Isteri Kedua Kini Disahkan Hamil



Adi Putra akhirnya tampil memberi komen tentang berita bahawa isteri keduanya kini sedang mengandung anak pertama.

Pelakon ini akhirnya mengakui dirinya kini berada dalam debaran untuk menerima anak pertamanya hasil pernikahan dengan isteri kedua Norshahida Zolkifly.

Adi juga bersyukur kerana impian untuk menimang anak sendiri bakal terlaksana pada tahun hadapan.

Ditanya mengenai persiapan dalam menerimacahaya mata, Adi memberitahu dia dan isteri masih belum membuat sebarang persiapan.

Ini komennya:

"Jika ditanya soal perasaan, memang mana-mana manusia juga akan rasa bersyukur dan gembira menerima berita yang baik seperti ini.

"Bagi saya, perasaan ini adalah perkara yang akan dilalui kebanyakan orang," katanya secara eksklusif kepada Utusan Malaysia.
 

"Sudah berapa bulan, saya juga tidak periksa lagi."

"Lelaki atau perempuan juga masih belum tahu, sebab masih baru.

"Soal persiapan buat masa ini tiada persiapan jangka panjang. Kami lebih kepada persiapan untuk perkara yang penting sahaja"


Sebelum ini Adi dan Norshahida dilaporkan telah berkahwin secara rahsia pada 20 Jun lalu di satu lokasi dalam negara.

Adi dan isteri pertamanya  Aida Yusof  berkahwin pada 14 April 2006 dan mempunyai seorang anak angkat Zara Adelia Haadi yang kini berusia empat tahun.

0 comments:

Post a Comment