Pendengar Terkejut, Amy Mastura Mencarut Secara Live Di Radio Suria FM

Amy Mastura Mencarut Secara Live Di Radio Suria FM


Amy Mastura merupakan penyanyi yang terkenal dengan sikap happy go lucky nya.

Penyanyi ini juga terkenal dengan sifatnya yang low profile dan peramah orangnya.

Pagi tadi ketika sedang mendengar segmen pagi di stesen Suria FM, pihak radio telah memanggil Amy Mastura sebagai tetamu jemputan.

Amy sememangnya seorang yang kuat melatah.

Konti sememangnya cukup ceria dengan telatah lucu deejay radio Halim Othman, Zulin Aziz, Fizi Ali dan Amy Mastura sendiri.

Oleh kerana penyampai radio terlalu ghairah mengusik Amy, tanpa disangka Amy Mastura melatah dengan ayat carutan.

Ini antara ayatnya "Oh p***** kau meletup, p***, p****** hantu" antara yang disebut penyanyi ini.

Mungkin kerana tergamam, momen ini berlarutan selama beberapa saat yang turut dirakamkan di Facebook Live stesen radio itu, tetapi telah diturunkan kira-kira jam 9 pagi tadi.

Ternyata pendengar terkejut dengan perkara berkenaan.

Benarlah kata orang, jangan diusik orang melatah, buruk padahnya.

Lain kali penyampai radio harus peka perkara ini. Jangan usik teruk sangat.

0 comments:

Post a Comment