Monday, December 19, 2016

Dikatakan Curang Dengan Gadis Lain, Hubungan Neelofa Dan Fattah Amin Retak

Dikatakan Curang Dengan Gadis Lain, Hubungan Neelofa Dan Fattah Amin Retak






Hubungan rapat Neelofa dan Fattah Amin akhirnya retak setelah pelbagai gosip melanda mereka.


Berita keretakkan ini timbul apabila aktor itu dikatakan mempunyai hubungan cinta dengan wanita lain iaitu seorang aktres berdarah campuran.

Neelofa berkata, dia sebenarnya kecewa selepas mengetahui berita itu namun mengambil pendekatan untuk tidak mengulas panjang.

Ini komen Neelofa:

"Tidak adil kalau saya ulas perkara ini tanpa Fattah atau orang ketiga itu di sini dan tidak mahu ia akan jadi salah faham dan memburukkan lagi keadaan.

"Saya baru tahu cerita ini cuma saya kesal cara saya mengetahui berita dakwaan ini dengan cara yang tidak elok," 


"Kami mulai rapat sejak berlakon bersama dan selesa berkawan dengan dia sepanjang kami berlakon bersama.

"Peminat pula suka dan mahukan saya dan Fattah betul-betul mempunyai hubungan istimewa. Ia bukan sesuatu yang mudah kerana saya perlu memikirkan banyak pihak jika ingin memberi kenyataan tentang hubungan kami.

"Bagaimanapun apa yang saya boleh katakan hubungan kami sekarang ialah complicated,"


Dia menjawab tentang dakwaan wujud orang ketiga yang menyebabkan hubungannya dengan Fattah Amin terputus.

Wanita terbaharu yang dikaitkan dengan Fattah itu dikatakan seorang aktres berdarah campuran.

Tambah Neelofa, dia enggan terlalu memikirkan perkara tersebut yang hanya menganggu fokusnya dalam kerjaya.

0 comments:

Post a Comment