Fizikal Buntat Dihina, Diejek... Ini Respon Balas Ibunya

Fizikal Buntat Dihina, Diejek... Ini Respon Balas Ibunya



Apabila nama Buntat semakin popular, wajahnya sering terpampang di media sosial. Sehingga ada pihak yang megutuk fizikal Buntat ini.

Ibu kepada pelakon kanak-kanak Muhammad Ariff  yang melakonkan watak Buntat telah memberi respon tentang hal ini.

Dia ternyata tidak berkecil hati apabila ada pihak yang mengejek fizikal anaknya.

Rosdiana, ibu kepada Buntat berkata, anak sulungnya yang berusia 12 tahun itu mengalami disleksia yang hanya cenderung kepada perkara yang diminati sahaja.

Menurutnya, Ariff juga turut menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.

Ini komen ibu kepada Ariff (Buntat)

"Fizikal anak saya memang seperti dalam gambar dan TV. Dia mengalami disleksia sejak berusia enam tahun lagi. Disebabkan itu dia lebih gemar melakukan apa yang dia suka saja.

"Apabila mula bersekolah, dia ditempatkan di kelas pemulihan Bahasa Malaysia. Kekurangannya di situ sahaja, selebihnya dia seperi budak normal lain.

"Apabila ada segelintir pengguna laman sosial mengejeknya, saya tak terasa pun. Malah saya tak nak ambil kisah. Saya beranggapan mereka tak tahu keadaan sebenar anak saya,"

"Saya tahu kelemahan anak saya, jadi apa saja persepsi yang dilemparkan kepadanya saya anggap ia lumrah dan perkara biasa dalam bidang ini.

"Saya juga percaya tidak semua orang suka dengan apa yang kita lakukan. Sebagai ibu saya mengajar anak untuk menerima setiap kritikan,"



Rosdiana lebih bersikap terbuka dan mengambil segala kritikan terhadap anaknya sebagai sesuatu yang positif.

0 comments:

Post a Comment