Monday, December 19, 2016

Ini Punca Sebenar Jue Aziz Keguguran Buat Kali Ketiga Yang Mengejutkan Ramai, Memang Dugaan Besar Buatnya

Ini Punca Sebenar Jue Aziz Keguguran Buat Kali Ketiga


Pelakon jelita  Jue Aziz kini sekali lagi mengalami keguguran.

Akhirnya Jue Aziz telah tampil menjelaskan punca sebenar dia kerap keguguran, sehingga kini sudah tiga kali dia gugur.

Ini pendedahan dari Jue:

“Sesuatu yang berat untuk dikongsi ialah saya ada menerima gangguan mistik dan difahamkan secara tidak langsung menyebabkan saya kerap mengalami keguguran,”

“Saya tidak menafikan sejak beberapa tahun lalu, kerjaya seni saya agak hambar berbanding semasa awal kemunculan dalam lapangan seni. Ia berikutan saya ingin memberi tumpuan kepada urusan keluarga sebelum kembali aktif dalam bidang lakonan”

“Tambahan, saya juga ingin memulihkan semangat setelah tiga kali mengalami keguguran kandungan,”

Buat masa sekarang, Jue lebih menumpukan perhatian pada keluarga barunya bersama Bayu Daniels, termasuk anak angkat yang berusia4  tahun.

Untuk pengetahuan semua, pasangan Jue dan Bayu bernikah pada 9 Mac 2014 dan hasil perkongsian hidup mereka belum dikurniakan zuriat lagi.

Semoga Jue dan suami redha dengan ujian dan dugaan yang diterima.

0 comments:

Post a Comment