Thursday, December 8, 2016

Ini Respon Balas Dari Zarul Apabila Ada Peminat Yang Tak Puas Hati Dengannya

Ini Respon Balas Dari Zarul Apabila Ada Peminat Yang Tak Puas Hati Dengannya



Sebelum ini telah tersebar tentang kisah segelintir peminat Zarul yang meluahkan perasaan tidak puas hati mereka dengan layanan penyanyi ini.


Baca luahan kecewa peminat Zarul DISINI

Zarul akhirnya telah buka mulut tentang isu ini, ini komennya: (MediaHiburan)

"Hari ini baru saya tahu ada peminat yang tidak berpuas hati.  Saya bersama pihak pengurusan, kami layan sama rata semua pihak.  

"Tidak kisah sama ada Highflyers ke, Zarulians ke, semuanya sama.  Mungkinlah ada segelintir yang tidak berpuas hati.  Tapi saya dah cuba yang terbaik melayan semua sama rata.  

"Pembahagian tiket juga sama rata.  Tak ada beza-beza antara peminat dengan geng-geng MAS.  Semua sama.

 "Beginilah, sebagai manusia biasa, mungkin kelemahan dari sayalah.  Saya tak mampu nak puaskan hati semua orang.  


"Kepada yang terasa hati itu, saya minta maaf.  Sejujurnya saya tak ada niat langsung nak beza-bezakan siapa pun, geng MAS ke, Zarulians ke, peminat baru ke, peminat lama ke, semuanya saya layan sama rata,"

Zarul akhirnya telah memohon maaf jika ada yang terasa. Apapun semoga Zarul dan peminatnya berbaik baik selalu.

Pemenang tempat ketiga GV3 ini sdang giat mempromosikan lagu terbarunya yang bakal ke uadara tidak lama lagi.

0 comments:

Post a Comment