Setepek Kena: Inilah Komen Siti Nurhaliza Tentang Tindakan Jamal Yang Melampau

Setepek Kena: Inilah Komen Siti Nurhaliza Tentang Tindakan Jamal Yang Melampau


Aksi Jamal Yunos yang dilihat bertuala ke Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor telah menjadi bualan ramai.

Memang orang ramai tidak bersetuju dengan tindakan tersebut.

Ini termasuk penyanyi tersohor tanah air iaitu Siti Nurhaliza.

Di Instagramnya, Siti Nurhaliza telah memuat naik kembali foto Jamal yang bertuala itu dan repost caption dari rakan artis Yassin.

Ini captionnya:

"Jangan jadi macam jamal ye.. #kawasansayapuntakdeair #dapatnotis #sediatongair #fahambahasa #Repost @yasinsulaiman

"Jamal dah 4 hari tak mandi. Mintak jasa baik MB tumpang mandi kat opis SUK #lol"




Foto yang dimuat naik oleh Siti itu mendapat 17 ribu likes dan lebih 1,000 komen.

Rata-rata follower dilihat bersetuju dengan komen Siti Nurhaliza itu.

Jamal menjadi tumpuan  setelah membawa peralatan untuk kegunaan mandi lain seperti sabun dan berus gigi sebagai protes terhadap kerajaan negeri yang gagal mengurus masalah air di negeri ini.

0 comments:

Post a Comment