Tuesday, December 27, 2016

TAHNIAH!! Ayu Raudhah Umum Sedang Hamil Anak Ketiga

Ayu Raudhah Kini Sedang Hamil Anak Ketiga


Tahniah diucapkan kepada Ayu Raudhah dan suami yang kini sedang hamil anak ketiga mereka.

Menerusi akaun Instagram, adi kepada selebriti Rozita Che Wan ini telah berkongsikan berita gembira tersebut.

Ayu memuat naik gambarnya bersama dan suami, Zaqwan Adha berserta captin memberitahu dirinya kini hamil anak ketiga.

Ini tulisnya:
Insyaallah Coming Soon.. #babybump #3rdedition #prayforbabygirl 

Menerusi posting itu juga ramai yang mula membanjiri ruangan pelakon tersebut dengan ucapan tahniah serta gembira mendengar berita kehamilan beliau.

Tidak lupa juga ada peminat yang teruja menantikan anak ketiga pasangan ini selepas Ayu hamil buat kali terakhir pada dua tahun lalu.

Apapun semoga Ayu diberikan kesihatan yang baik selama dalam proses kehamilan.

Dan diharapkan juga kehamilan kali ketiga ini dapat menambahkan lagi kebahagiaan serta keceriaan rumah tangga beliau.

Kini Zaqwan Adha bakal berpindah ke Perak setelah menyertai kelab bola sepak Perak dari JDT.

0 comments:

Post a Comment