Friday, August 18, 2017

(GEMPAR) Bekas Pekerja Buat Pendedahan, Dakwa Dilempang Norjuma

Bekas Pekerja Dakwa Dilempang Norjuma



Ini satu berita yang baru diterima dan telah dilaporkan oleh portal hiburan Astro Gempak.

Seorang lelaki yang merupakan bekas pekerja, mendakwa telah dilempang oleh Norjuma Habib, pengasas tudung bawal popular Aidijuma.

Lelaki itu membuat pendedahan mengejutkan itu di laman sosial Facebook miliknya iaitu Mohd Afiq Ismail .

Afiq yang mempunyai 1700 pengikut di akaun sosial FB itu mendedahkan ada tiga berita.

Ini beritanya:

1. Video Norjuma Habib lempang staff akan tersebar dan staff yang dilempang adalah aku


2. Aku dituduh tak move on dari kerja Aidijuma. Of course aku dah move on. Tolong dia bagai nak rak tapi lempang yang diberi.


3. Aku tak dapat kerja tempat lain sebab aku percaya itu pasti ada internal mouth to mouth
to media social and public, nak tahu lebih lanjut? lawati instagram @soorayahas


Kepada Juma, in my opinion, I cannot stop people that want to back up me and other people yang penah kena teruk masa berkerja dengan you.



Namun begitu IG yang dimaklumkan Mohd Afiq, telah membuat pengumuman bahawa penyebaran video itu telah ditunda atas sebab tertentu.

Sehingga kini tiada sebarang video dimuatnaik tetapi hanya sebuah entri memohon maaf.

Sumber: AstroGempak, FB Afiq Ismail
Thursday, August 17, 2017

(PANAS) Dato Red Kantoi Lagi, Merenyam Dengan Seorang Pelakon Sabah, Kena Marah Dengan Adira

(PANAS) Dato Red Kantoi Lagi, Merenyam Dengan Seorang Pelakon Sabah 



Siapa yang tak kenal dengan Dato red atau nama sebenarnya, Datuk Seri Adnan Abu.

Dato Red merupakan suami penyanyi popular Adira dan terkenal dengan sikap peramah dan suka melayan wanita.

Sebelum ini Dato Red pernah menjadi tumpuan media apabila keluar dengan pelakon sedang meningkat naik iaitu Ruhainies.

Kini yang terbaru, Dato Red kantoi apabila berkawan rapat dengan seorang pelakon dari Sabah.

Suami Adira ini telah mengesahkan kebenaran gosip bahawa dia kini sedang rapat dengan seorang pelakon wanita bernama "N".

Dikatakan hubungan tersebut terjalin sejak beberapa bulan lalu, namun kini ianya sudah berakhir setelah 'kantoi' dengan Adira.

Ini penjelasan Dato Red:

"Ya, betul cerita tu, saya memang ada berkawan dengan seorang pelakon wanita tapi hubungan tersebut sudah diketahui Yayang (Adira) selepas pelakon itu sendiri bocor rahsia.

"Pada awalnya dia janji tak mahu kecoh-kecoh, tapi dia pula yang bagi tahu Adira. Memang kena marahlah saya. Mungkin juga ada kehendak dia yang tak saya turuti,"


Dato Red berkata, dia tidak terfikir untuk mendirikan rumah tangga atau mengambil wanita berkenaan sebagai isteri sebaliknya sekadar berkawan sahaja.

Dato Red yang juga usahawan hartanah telah bernikah secara mengejut dengan Adira sebagai isteri kedua di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015.

Pasangan ini menimang cahaya mata yang diberi nama Anggerik pada 10 Mac lepas.

Datuk Red mempunyai isteri pertama yang dikenali sebagai Datin Red atau nama sebenarnya Sharifah dan dikurniakan tiga cahaya mata.

Sumber: mStar

Gempar! Setelah Hafiz Hamidun Dan Joy Revfa Sering Berbalas Kenyataan, Akhirnya Ini Yang Berlaku Pagi Tadi

Gempar! Setelah Hafiz Hamidun Dan Joy Revfa Sering Berbalas Kenyataan, Akhirnya Ini Yang Berlaku Pagi Tadi


Sejak kebelakangan ini pasangan suami isteri Hafiz Hamidun dan Joy Revfa sering berbalas komen di laman media sosial.

Banyak komen yang diberikan termasuk hal di dalam kelambu dan juga sindir-menyindir.

Setelah isu rumah tangga menjadi hangat, kesemua komen-komen telah dipadam.

Pagi tadi, satu update terbaru yang menggemparkan telah berlaku.

Kedua-dua pasangan suami isteri ini, Hafiz Hamidun dan juga Joy Revfa telah memuatnaik status bahawa mereka kini baik-baik sahaja.

Mereka berdua telah menggambarkan hubungan kembali pulih dan kini hubungan mereka seperti kembali jernih.

Malah Joy Revfa juga menulis hashtag "aku wanita terbahagia".

Ini komen Hafiz Hamidun:

"Salam Jumaat! Semuanya baik-baik saja, semoga Allah mudahkan urusan

Ini pula komen Joy Revfa:

"Alhamdulillah.. semoga segala urusan kita hari ini dan akan dtg dipermudahkan oleh Allah swt..

"Memaafkan tidak akan mengubah masa lalu, tapi pasti akan mempermudahkan masa depan.. #HJ #positivevibes #akuwanitaterbahagia 

Di laman insta Joy Revfa, Hafiz Hamidun juga membalas dengan memberi emoji 'good' atau 'thumb up'.


Di ruang komen, ramai follower yang suka dengan perkembangan positif ini dan mendoakan agar hubungan kedua-dua mereka pulih dan kembali baik.

"Duduk Sebumbung Pun 6 Hari Jer..." - Pendedahan Mengejutkan Kakak Joy Revfa

"Duduk Sebumbung Pun 6 Hari Jer..." - Pendedahan Mengejutkan Kakak Joy Revfa


Kakak kepada Joy Revfa iaitu Dyana Sofia antara individu yang banyak mempertahan Joy tentang isu rumah tangga.

Sebagai kakak, sudah tentu Dyana Sofia akan mempertahankan adiknya itu.

Sebelum ini, Dyana ada menyindir Hafiz Hamidun dengan menggelarnya "ustaz lindung kaabah", kali ini kakak Joy Revfa ini mendedahkan pasangan ini hanya tinggal sebumbung selama 6 hari sahaja.

Ini komennya:

Orang yang kata minta Joy jangan share di media sosial tu saya rasa better kene faham situasi Joy yang setiap hari setiap masa dikecam.. 

Orang yang komen negatif tak tahu apa tahu hebat mengecam, apa yang Joy hadapi ada siapa yang tahu? Sehingga boleh hilang kepercayaan orang luar pada business dan diri dia sendiri.. sampai bila Joy nak berdiam?? Sampai tahun depan? 2 tahun lagi? 5 tahun lagi??

Duduk sebumbung pun 6 hari je, korang rasa sempat ke dorang berdua ni nak bergaduh..?? Berkenalan pun dorang tak sempat apatah lagi nak melawan cakap masing-masing. 


Korang kat luar tak tahu apa-apa diam je ok.. apa niat / konspirasi sebenar la nak buat Joy macam ni sekali. Niat dia nak lelaki beragama boleh bimbing dia saja.  

Kalau tak sebab dia lelaki beragama, adik saya tak akan terima lamaran dia lah dari awal.

Sampai bila adik saya nak kene kecam untuk menunggu keterangan dari belah sana? Ada yang nasihatkan supaya pihak kami berdiam sahaja dari kecaman.. Tapi sampai bila kami harus berdiam.. ??

Gunung berapi pun boleh meletus. Sudah melampau terlalu banyak penghinaan dari manusia yang taktau cerite sebenar menuding jari pada adik saya..

Semoga Allah kasi lah petunjuk yang sebenar.. Sorry, kak long dah tak tahan sedih & tengok keadaan adik sendiri. Kak long sayang awak Siti Arifah Amin


Itulah pendedahan mengejutkan dari kakak Joy Revfa.

Pendedahan ini dibuat di laman FB miliknya setelah ramai yang mengecam adiknya itu.
Wednesday, August 16, 2017

"Mulut Kalah Perempuan..Perlukah Nak Beritahu Isu Tak Disentuh, Teruna..Fikir Hebat Boleh Putar Belit" - Joy Revfa

"Mulut Kalah Perempuan..Perlukah Nak Beritahu Isu Tak Disentuh, Teruna..Fikir Hebat Putar Belit" - Joy Revfa


Sekali lagi, usahawan kosmetik, Joy Revfa memberi kenyataan tentang isu rumah tangganya.

Baca juga:
~Luahan Hati Joy (BACA SINI)
~Hafiz Hamidun Sindir Joy (BACA SINI)

Nampaknya Joy Revfa tidak dapat menahan sabar lagi dan mengatakan perkara ini dah semakin melampau.

Menerusi update terbarunya, Joy Revfa kecewa dengan tindakan suaminya itu apabila membicarakan hal dalam kelambu.

Ini tulis Joy Revfa:

Siapa suka hal "dlm kelambu" dijaja jajakan..? 

Dah lama saya diam & bersabar. Saya cuba berfikiran positif tetapi bila dah semakin melampau, selepas mendapat nasihat keluarga, ustaz-ustaz yang lain & peguam saya kena bertindak. 

Saya tak akan bertindak kalau dia tak mulakan dari awal menjaja cerita. 

Mulut kalah mulut perempuan. Perlu ke nak kasi tahu satu alam isu ttg "tidak disentuh" itu..? Nak kasi tahu satu dunia yang diri tu 'teruna' lagi ke..? 

Apa konspirasi sebenar..?? Nak lakukan album baru "Aku Masih Teruna.." kah..? 

Kalau awak fikir awak hebat boleh putar belit cerita, ingatlah.. Allah swt lebih hebat lagi.. #allahmahamengetahui 

Itulah kenyataan terkini dari Joy Revfa.

(FOTO) Fesyen "Seksa" Di KL Fashion Show, Sajat Dikecam Teruk

Fesyen "Seksa" Di KL Fashion Show, Sajat Dikecam Teruk


Kini satu festival fesyen sedang berlangsung di Kuala Lumpur.

Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW2017) sedang berlangsung di pavillion ketika ni.

Memang banyak model model, artis popular dan juga insta famous yang akan turun ke event besar seperti ini.

Antara yang turut datang ke majlis pertunjukkan fesyen ini ialah jutawan kosmetik yang juga instafamous, Nur Sajat.

Sajat juga dilihat naik ke atas pentas membuat kemunculan khas dengan naik ke atas pentas memberi bunga di satu slot pertunjukkan semalam.

Seperti biasa, Sajat akan berkongsi beberapa gambar terkini di laman media Instagram miliknya.

Namun ternyata gambarnya itu telah dikecam oleh orang ramai.

Jom layan komen komen dari orang ramai:




(TERKINI) Erma Fatima Dan Bade Azmi Sah Bercerai Talak Satu

Erma Fatima Dan Bade Azmi Sah Bercerai Talak Satu



Bade Azmi telah melafazkan cerai talak satu terhadap isterinya, pengarah dan pelakon, Erma Fatima, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini, hari ini.

Pasangan ini telah berkahwin selama 27 tahun sebelum membuat keputusan bercerai hari ini.

Ketika di mahkamah, Bade telah tiba lebih awal kira-kira jam 10.30 pagi dengan menunggang motosikal.

Kemudian, Erma Fatima tiba di mahkamah pada jam 11 pagi ditemani adiknya, pelakon Betty Rahmad.

Apabila ditanya tentang penceraian ini, Erma Fatima hanya menjawab bahawa dia redha.

Bade telah  memfailkan permohonan cerai pada 10 Ogos lalu di mahkamah yang sama mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Sekitar tahun 2015, Erma Fatima pernah memfailkan permohonan cerai selepas mendapat tahu Bade berkahwin lain.

Namun begitu, Erma Fatima telahpun menarik balik permohonan cerai tersebut dan cuba hidup bermadu.

Bade dan Erma Fatima telah mendirikan rumah tangga pada 30 November 1991 dan mempunyai lima orang anak angkat.

Bade telah bernikah dengan seorang wanita bernama Aida Abdul.

Takziah diucapkan buat keluarga ini.

"Berlagak Suci Awak Kata Saya Ya..Jangan Jolok Sarang Tebuan! " - Joy Revfa Balas Komen Hafiz Hamidun

"Berlagak Suci Awak Kata Saya Ya..Jangan Jolok Sarang Tebuan! " - Joy Revfa Balas Komen Hafiz Hamidun


Masih lagi dengan kisah rumah tangga pasangan baru berkahwin penyanyi nasyid Hafiz Hamidun dan juga usahawan kosmetik popular, Joy Revfa.

Semalam Hafiz Hamidun telah memberi komen yang membuatkan ramai terkejut.

Hafiz Hamidun mengatakan isterinya cuba berselindung di sebalik karangan acah-acah suci.

Baca komen Hafiz Hamidun (DI SINI)

Kemudian, Joy Revfa dilihat membalas komen Hafiz Hamidun di ruangan komen.

Ini tulis Joy Revfa:


Joy Revfa dengan jelas mengingatkan Hafiz Hamidun bahawa dia mempunyai pelbagai bukti ke atas Hafiz Hamidun.

Mungkin tidak mahu mengeruhkan keadaan, Hafiz Hamidun kemudiannya membuang komennya di laman Instagram.

Nampaknya kisah rumahtangga Hafiz Hamidun dan Joy Revfa menjadi semakin hangat dan menjadi tumpuan orang ramai.

Kini ramai menunggu kenyataan rasmi dari Hafiz Hamidun.

"Dia Cuba Berselindung Disebalik Karangan Acah-Acah Suci..." - Hafiz Hamidun Sindir Joy Revfa?

"Dia Cuba Berselindung Disebalik Karangan Acah-Acah Suci..." - Hafiz Hamidun Sindir Joy Revfa?


Hari ini Joy Revfa ada menulis nukilan hati yang terbukunya.

~Baca nukilan hati Joy Revfa tentang seorang isteri (DISINI)

Kemudian Hafiz Hamidun ada memuatnaik gambar terbaru dengan caption terkini.

Ini tulisnya:

"Sabar ya semua, bagi sikit masa lagi. Lepas tu, buatlah pertimbangan. #NoDrama

Kemudian ada seorang follower memberitahu kepada Hafiz Hamidun bahawa Joy Revfa ada menulis karangan nukilan hati nya.

Ini komen seorang follower:

"Makin melampau belah sana bro. Konon tolong jangan buat speku tapi hari ni terus bagi essay panjang lebar"

Ternyata jawapan Hafiz Hamidun seperti menyindir isterinya.

Ini komen balas Hafiz Hamidun:

"Dia bukan tak tahu cerita sebenar tapi cuba berselindung disebalik karangan-karangan acah-acah suci diri, tetapi sebenarnya tak ada point yang valid. 

"Tenang je. Orang yang tenang itu menang.


Sehingga kini ramai yang tertunggu tunggu kenyataan rasmi dari Hafiz Hamidun tentang kemelut yang melanda rumah tangga mereka.

"Dipunahkan dengan ego suaminya itu dan meninggalkan isterinya terkapai sendirian" - Luahan Hati Joy Revfa

Luahan Hati Joy Revfa



Hari ini Joy Revfa telah menulis nukilan hati yang terbuku.

Luahan tersebut ditulis di laman sosial Instagram miliknya petang tadi.

Ternyata Joy menulis meluahkan rasa isi hatinya.

Ini nukilan hati Joy:

Jika telah terjadi akad pernikahan dengan syariat berpaksikan Allah swt yg suci, lelaki dianggap suami yang terakhir untuk seorang wanita. Dan disaat itulah, si isteri menyerahkan segala2nya jiwa raga utk sang suami. Betapa semua wanita bercita-cita ingin menjadi ketua bidadari untuk suami di syurga nanti. .

Seorang isteri tetap akan bersama suami tak kisah lah suami ada masalah kewangan, masalah layanan/batin mahupun apa segala jenis masalah, seorang isteri sanggup berkorban & harungi bersama. Namun mengapa kelemahan yg ada pd lelaki itu tidak mahu diakui malahan menjadikan isterinya itu teraniaya dlm segala hal..? kenapa pergi menjauh..? Adilkah begitu..? wajarkah si isteri hanya berdiam diri sedangkan isteri lah yg tidak henti2 memberi semangat & sokongan waima si isteri tahu kelemahan & keaiban sebenar suaminya itu.. Memegang prinsip dan tggjwb sbg isteri dlm melindungi setiap perkara dlm rumahtangganya,isteri sanggup menerima ketidaksempurnaan itu.

Namun, pengakhirannya isteri yg sanggup berkorban dan setia utk masuk ke syurga Allah bersama suami, dipunahkan dengan ego suaminya itu dan meninggalkan isterinya terkapai2 sendirian.. Ibarat nakhoda membiarkan anak kapal2nya hanyut dan mati di tengah lautan sedangkan anak kapal itu begitu taat setia kpd nakhodanya. Nilaikan dimanakah penghargaan & pengorbanan seorang isteri dimata hati suami..? .

"Sesungguhnya tangan wanita yang menghayun buaian itu mampu menggoncang dunia..."


Nukilan hati,
-Joy Revfa-

"Panggilan Kepada Suami Tidak Tetap, Mama Suruh Panggil Abang, Tapi.." - Ummi Nazeera

"Panggilan Kepada Suami Tidak Tetap, Mama Suruh Panggil Abang, Tapi.." - Ummi Nazeera


Ummi Nazeera menyatkan sehingga kini masih tiada panggilan tetap untuk suaminya.

Pelakon ini selamat bernikah dengan jejaka pilihan keluarga bernama  Mohd Izzar Anwari pada 23 Julai lalu.

Sehingga kini sedang membiasakan diri dengan kehidupan selepas berkahwin.

Ini komen Ummi:

“Panggilan? Pelbagai sebenarnya, tiada yang tetap. Kadang-kadang baby, kadang-kadang dinda kanda, tak pun sayang.

“Mama saya suruh panggil abang, tapi saya tak tahulah. Sebab saya dah ada abang jadi kalau boleh nak panggil dengan panggilan lain.

“Sejujurnya, saya masih dalam proses membiasakan diri dengan kehidupan selepas berkahwin,”


Ummi telah mengadakan majlis resepinya yang berlangsung di hotel Shangri-La, Kuala Lumpur.

Majlis berlangsung dengan amat meriah sekali.

Temanya ialah persandingan dalam taman.

Sumber: AstroGempak

Warna Rambut Anak, Stacy Teruk Dikecam... Ini Penjelasan Sebenar

Warna Rambut Anak, Stacy Teruk Dikecam... Ini Penjelasan Sebenar



Penyanyi Stacy Anam telah dikecam selepas memuat naik gambar bersama anaknya, Eshaal dengan masing-masing berambut ungu dan biru di laman Instagram baru-baru ini.

Isteri kepada Akim ini dikecam follower laman IG setelah ramai salah sangka dia dan anaknya benar-benar mewarnakan rambut.

Namun hal sebenarnya Stacy hanya menggunakan aplikasi di telefon bimbitnya untuk menukar warna rambutnya dan juga anak.

Berikut merupakan caption yang ditulis oleh Stacy:

"Morning. Nah tak  payah sudah kita pergi saloon Eshaal.. pakai apps saja..

"Tapi rambut Eshaal tak dapat full color sebab belum banyak hahahaha..

"Takpa la asal ada sikit kan Eshaal hehehe"


Walaupun sudah memberitahu ianya hanyalah gambar edit namun ramai yang menghentamnya.

Ini kerana mereka semua tidak membaca caption yang ditulis oleh Stacy dan terus menghukum tanpa check perkara sebenar.

Memang ramai tak puas hati kerana konon Stacy mewarnakan rambut bayinya itu.

Ini antara komen yang dilemparkan:

@andreahaikalhafifi - dah macam dragon ball super saiya blue! maca mana lah akim didik ko ni

@anggunzuhairah - Pewarna rambut tu halal ke tidak. Nanti wuduk dan hadas tidak sah nanti

@dasimasudin - Kulit kepala baby very sensitive. Umurnya tak boleh menerima bahan campuran warna. Tak sesuai warna rambut baby

@kamalsabaruddin - Sembahyang macam mana yer

@anggunzuhairah - Cuma buat kaum hawa. Sayangilah orang yang menyayangi kita dengan aurat di jaga. Jangan jadikan sebab kita mereka masuk neraka..

@sufya.amanda - Astargfirlah..kenapa lah buat rambut macam tu..solat ke tak ni?


Kemudian, rami peminat Stacy yang berang dengan tindakan follower yang suka menulis komen negatif tanpa membaca caption yang ditulis penyanyi tersebut.

Sememangnya ini lumrah untuk haters dan juga keyboard warrior.

Harap bersabarlah wahai Stacy.
Tuesday, August 15, 2017

Isteri Syamsul Yusof, Puteri Sarah Terlibat Dalam Kemalangan Jalan Raya

Isteri Syamsul Yusof, Puteri Sarah Terlibat Dalam Kemalangan Jalan Raya



Isteri kepada Syamsul Yusof iaitu Puteri Sarah Liyana telah berkongsi kisah mencemaskan apabila terlibat dalam satu kemalangan.

Kereta yang dipandu oleh Puteri Sarah Liyana telah dilanggar dari belakang oleh kenderaan lain.

Yang lebih menakutkan adalah ketika itu anak bayinya ada di dalam kereta.

Puteri Sarah Liyana bersyukur kerana dia dan anak terselamat dari sebarang kecederaan.

Pelakon ini turut bersyukur kerana anaknya duduk di dalam 'baby car seat' sekaligus menyelamatkan bayi itu dari terjatuh dan tercedera.

Ini tulis Puteri Sarah Liyana di IG miliknya:

"Alhamdulillah syukur Allah.

"Harini dalam sejarah Sarah & Syaikhul terlibat dalam mild accident, orang langgar belakang kereta. Alhamdulillah my car takde pape just calar tapi kereta orang tu terok.

"Nak pesan sebelum keluar rumah WAJIB baca doa dan kalau boleh pasanglah cd ayat2 dalam kereta lagi2 baby ade skali. Janganlah masuk kereta terus pasang lagu.

"Sape yang ada anak kecik tu please, please, please CAR SEAT penting.

"Jangan nak dukung baby ke ape letak dalam car seat tu je. Syaikhul tengah tido dalam car seat tapi die terkejut jugaklah mase org langgar belakang tu.

"Nasib baik die good boy tak meragam then tido balik. All is well. 

"Alhamdulillah syukur Allah jagakan Sarah & Syaikhul



Kemudian Puteri Sarah Liyana telah berkongsi cerita sekali lagi melalui laporan dari portal Utusan Malaysia.

Ini perkongsiannya:

“Sebenarnya kejadian berlaku berdekatan dengan rumah saya dalam keadaan hujan dan jalan sesak, memang saya tidak berani mahu bawa kereta laju. Tiba-tiba ketika berhenti sebuah kereta dari belakang tidak sempat brek lalu melanggar belakang kereta saya.

“Paling merisaukan adalah anak saya ketika itu di belakang. Memandangkan kami hanya berdua dalam kereta saya memang takut. Mujur selepas memeriksa keadaan Syaikul dia okey,”.

“Memandangkan kereta saya tidak teruk jadi saya tidak mahu menunggu Syamsul sebab dia pun sedang sibuk.

“Cuma pagi ini baru saya sempat buat laporan mengenai kemalangan tersebut,”

“Memang saya tidak kompromi soal kerusi kereta bayi, sebab itu setiap kali saya dan suami memandu anak akan diletakkan siap-siap di tempatnya. Sebab kita tidak boleh jangka apa yang akan berlaku.

“Sebab itu saya juga minta ibu bapa di luar sana ambil berat soal ini,”


Memang penting baby car seat ini namun sering di pandang ringan oleh ibu bapa.

Tetapi nak salahkan mereka tak boleh juga kerana harga baby car seat boleh dikatakan sekitar RM100 lebih untuk jenama biasa.

Namun buat yang mampu, kalian wajib beli baby car seat. Amat penting untuk bayi anda. Sayangilah anak anda.

"Geng Kunyit" - Komen Abby Abadi Jadi Tumpuan

"Geng Kunyit" - Komen Abby Abadi Jadi Tumpuan



Zaman kini mereka yang mempunyai perasaan yang songsang antara lelaki sesama lelaki mempunyai gelaran iaitu "kunyit".

Selebriti Abby Abadi telah menulis 'geng kunyit' kepada Norman Hakim dan suaminya Jai Ezzani kerana berpelukkan.

Abby Abaid memuatnaik gambar Norman memeluk suaminya di laman IG dan secara bergurau menggelar mereka berdua 'geng kunyit'.

Abby juga tertanya-tanya kenapa gelaran kunyit diberikan dan apa maksudnya.

Ini tulis Abby Abadi:

Geng Kunyit HAHAHAHAAA

Selalu terbaca kalau lelaki dgn lelaki org gelarkan geng kunyit...kenapa panggil kunyit? Kunyit tu apa sebenarnya??

PS: Oman ni pengasih & penyayang. Sebab tu beria dia pelukkk suami kita tu hehe..


Ini fotonya:


Ternyata gambar dan caption ini menghiburkan para follower Abby Abadi yang merasakan ianya sesuatu yang kelakar.

Ramai juga yang suka melihat hubungan baik antara Norman Hakim dan juga Abby Abadi.

"Kenapa Ayah Sanggup Kata Macam Tu?" - Syafiq Farhain Komen Kenyataan Saleem

"Kenapa Ayah Sanggup Kata Macam Tu?" - Syafiq Farhain Komen Kenyataan Saleem


Sebelum ini Saleem Iklim telah memberi kenyataan melarang anaknya sendiri menyanyi lagunya dan mengaitkan dengan namanya.

Dikatakan syarikat yang menaungi Saleem Iklim ingin menyaman jika perkara ini berterusan kerana mengganggu periuk nasi Saleem.

Anaknya yang bernama Syafiq Farhain kini baru berjinak-jinak dalam industri seni dan sebelum ini serong menyanyi lagu ayahnya.

Kini Syafiq Farhain tampil membuat kenyataan setelah dilarang ayahnya untuk menyanyi lagu Iklim.

Ini kenyataan Syafiq Farhain:

ADA KECIL HATI

"Kalau ikut kecil hati tu memang ada lah sikit, disudut hati ada kenapa cakap macam ni kan, sedangkan dengan anak darah daging sendiri

"Jadi bagi saya tak apa lah terpulanglah nak buat apa, sebab saya kat sini Alhamdulillah rezeki saya masih di sini, rezeki Tuhan tentukan

TAK GANGGU REZEKI SALEEM

"Langsung tak (ganggu rezeki Saleem), kalau ikut dia seorang legend. Legend mana pergi semua orang nak, jadi macam saya baru lagi. 

"Mengganggu tu tak lah kerana ilmu dan bakat yang saya ada belum cukup tanding apa yang dia ada. Kalau ikut logik memang tak langsunglah.

TIRU SUARA

"Rasanya taklah sebab saya cakap (suara) macam ni yang keluar, nyanyi macam ni juga yang keluar.

"Tiru suara ni orang yang dengar, ada yang cakap tak sama ada pula yang cakap sama, terpulang kepada yang mendengar

TAK HUBUNGI AYAH?

"Tak berani nak call. Orang tengah panas baik kita biar dulu"

Itulah komen dari Syafiq farhain tentang kenyataan ayahnya.

(FOTO) 8 Gambar 'BABY BUMP' Che Puan Khaleeda, Isteri TMJ Mengandung Cahaya Mata Kedua

(FOTO) 8 Gambar Baby Bump Che Puan Khaleeda, Isteri TMJ Mengandung Cahaya Mata Kedua


Tunku Ismail Idris, Tungku Mahkota Johor (TMJ) dan isterinya, Che Puan Khaleeda bakal menimang cahayamata kedua tidak lama lagi.

Pasangan Diraja Johor ini menjadi tumpuan di majlis pernikahan Tunku Tun Aminah apabila jelas kelihatan 'baby bump' Che Puan Kaleeda.

Sebelum ini, TMJ menimang puteri sulung pada tahun lalu yang diberi nama Yang Amat Mulia Tunku Khalsom Aminah Sofia.

Ramai rakyat jelata yang mengucapkan tahniah kepada TMJ dan isterinya dan turut mendoakan semuanya berjalan lancar.

Ini beberapa gambar terkini Che Puan Khaleeda.

Jom lihat:









Untuk pengetahuan, TMJ bernikah dengan Che Puan Khaleeda pada tahun 2014.

Tahniah sekali lagi buat TMJ dan Che Puan Khaleeda.

Izreen Azminda Terkilan, Disingkir Gara-Gara Seorang Artis.. Siapa Tak Suka Izreen Azminda Tu??

Izreen Azminda Luah Rasa Terkilan, Disingkir Gara-Gara Seorang Artis 



Melalui laporan Berita Harian, satu kejadian mengejutkan berlaku kepada Izreen Azminda.

Pelakon popular Izreen Azminda luah rasa terkilan terhadap produksi program hiburan popular yang didakwa menyingkirkan beliau pada saat akhir.

Izreen Azminda memberitahu penyingkiran itu dibuat atas permintaan seorang artis yang turut terlibat dalam program tersebut.

Pelakon ini terkilan dengan insiden berkenaan memandangkan persiapan sudah pun dilakukan dan beberapa tawaran kerja ditolak demi program terbabit.

Namun Izreen terpaksa akur bahawa rezekinya tidak ada.

Ini pendedahan Izreen Azminda:

"Pada awalnya nama saya turut dipilih menyertai program itu dan pihak produksi juga sudah menetapkan tarikh bagi mengadakan sesi fotografi dan promosi.

"Tiba-tiba, pihak produksi memberi alasan sesi fotografi dan promosi ditunda. Apabila saya bertanyakan pada pengurus, dia kata, sebenarnya nama saya disingkirkan.

"Saya difahamkan, artis terbabit meminta produksi untuk membuat pilihan sama ada memilih saya atau dirinya. Sudah semestinya nama dia yang akan dipilih,"

"Saya anggap bukan rezeki saya dan saya juga memaafkan artis itu, jika benarlah apa yang dimaklumkan kepada saya.

"Cuma saya nak cakap, jika dia ada perasaan tak selamat dalam diri dan paranoid, memang hati takkan tenang sampai bila-bila," 


Itulah pendedahan yang dibuat oleh Izreen Azminda.

Ramai tertanya-tanya siapakah gerangan artis yang tak mahu berganding dengan Izreen tu ye?

(8 FOTO) Ramai Tak Kenal Bila Lihat Foto Ini..Rupanya Inilah Enot Yang Semakin Kurus

(8 FOTO) Ramai Tak Kenal Bila Lihat Foto Ini..Rupanya Inilah Enot Yang Semakin Kurus


Semalam telah viral foto terkini seorang artis wanita yang pernah popular satu masa dulu.

Beberapa laman media telah menyiarkan gambar wanita itu dan jika dilihat pertama kali, memang tidak akan cam wajahnya.

Rupanya, wanita itu ialah pelakon dan pelawak Enot.

Dulu Enot popular dengan beberapa drama dan tv siri.

Malah dia juga pernah menjadi pelakon pembantu dalam beberapa filem.

Enot kini berumur 38 tahun telah turun berat badan sebanyak 29kg dan semakin kurus.

Memang jelas kelihatan perbezaan Enot dulu berbanding dengan dirinya yang sekarang.

Tahniah kepada Enot yang semakin kurus.

Jom layan gambar terkininya:









"Itu Yang Pertama Dan Terakhir" - Aliff Aziz Umum Tidak Akan Berlakon Lagi Dengan Afifah Nasir

"Itu Yang Pertama Dan Terakhir" - Aliff Aziz Umum Tidak Akan Berlakon Lagi Dengan Afifah Nasir



Isu antara Aliff Aziz dan Afifah Nasir akhirnya telah berakhir.

Selepas selesai penggambaran drama "Izinkan Aku Mencintaimu", Aliff Aziz membuat pengakuan tidak akan berganding dengan Afifah Nasir lagi.

Ini komennya:

“Saya lihat ada manusia yang sanggup buat apa saja untuk kepentingan dan menutup khilaf diri”

“Saya percaya buat masa ini, heroin lain pun akan berhati-hati jika dapat tahu akan bergandingan dengan saya. Begitu juga dengan saya”

“Namun, secara khusus buat pelakon itu (Afifah Nasir), gandingan kami ini mungkin yang pertama dan terakhir. Noktah”

“Saya berbuat begitu kerana mahu mengelak kesan dan perkara lama terbuka semula. Lebih baik saya jauhi,”

“Saya pula tidak serik untuk bekerja dengan produksi ini. Namun, dengan apa yang terjadi dan andai ada peluang bekerjasama di bawah produksi sama, saya kena lebih berhati-hati”

“Saya juga berharap produksi ini tak serik untuk menawarkan saya peluang berlakon lagi,” 


Semoga sukses selalu buat Aliff Aziz.

Sumber: BH