Monday, January 30, 2017

Bekas Juara Akademi Fantasia Sindir Nyanyian Fattah Amin, Peminat Mengamuk, Panas Hati!!

Bekas Juara Akademi Fantasia Perli Fattah Amin, Peminat Mengamuk, Panas Hati!!


Juara AF2013, Faizul membuat kenyataan panas baru-baru ini yang  membuatkan peminat Fattah Amin panas hati.

Ini apabila Faizul telah menyindir nyanyian Fattah menerusi akaun Twitternya.


Selepas menimbulkan kemarakan peminat Fattah, Faizul tampil memberi kenyataan balas.

Katanya, dia hanya membuat teguran secara terbuka kepada mereka yang mahu menceburi bidang nyanyian supaya menyiapkan diri dengan ilmu berkaitan bidang tersebut sebelum memasuki industri hiburan tempatan.

Bagi Faizul, tidak semua penggiat seni dapat mencipta nama dengan mudah.

Teguran itu juga secara tidak sengaja ditujukan kepada Fattah serta beberapa artis lain yang muncul dalam industri muzik tanpa persediaan yang cukup.

Ini komen Faizul:

Saya menghantar mesej itu kepada sesiapa sahaja dalam industri agar menyiapkan diri dahulu sebelum memasuki bidang nyanyian atau apa-apa bidang lain. 

Ramai pekerja industri yang bekerja secara profesional, mereka ambil masa lama untuk asah bakat mereka sebelum keluar dikhalayak. Jadi tolong persiapkan diri anda dahulu kemudian keluar dan menyanyilah dengan baik.

Saya gunakan hashtag #patah #amin juga sebagai cara agar mesej tersebut sampai kepada netizen, jika sekadar tweet ilmiah tiada siapa yang tertarik untuk baca. 


Saya mahu mereka berfikir kami bekerja dalam industri bukan secara cincai sahaja, ia memerlukan masa yang lama untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti.

Walaubagaimanapun, Faizul harap masyarakat tidak salah faham kerana beliau sama sekali tidak mempunyai sebarang niat untuk menjatuhkan kerjaya nyanyian Fattah.

0 comments:

Post a Comment