Sunday, January 22, 2017

Ini Keputusan Penuh Anugerah Juara Lagu 31, Dayang Nurfaizah Muncul Juara

Ini Keputusan Penuh Anugerah Juara Lagu 31, Dayang Nurfaizah Muncul Juara 



Lagu berjudul Lelaki Teragung yang dinyanyikan oleh Dayang Nurfaizah telah dinobatkan sebagai Juara Lagu ke-31.

Lahu ini dicipta oleh Natasyah dan lirik ditulis oleh Iman Imran.

Kemenangan ini membolehkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 berserta trofi.

Manakala Naib Juara jatuh kepada Hafiz dan Misha Omar yang membawa lagu berjudul Terimaku Seadanya hasil sentuhan sepenuhnya oleh Ajai.

Hasil kemenangan tersebut berjaya melayakkannya mereka membawa pulang wang tunai berjumlah RM35,000 dan trofi.

Di tempat ketiga pula dimenangi oleh kumpulan Projector Band yang membawa lagu berjudul ‘Sudah Ku Tahu’ ciptaan sepenuhnya oleh Razif.

Tempat ketiga mendapat hadiah wang tunai berjumlah RM20,000 beserta trofi.

Dalam pada itu, bagai menepati ramalan apabila penyanyi Dayang Nurfaizah sekali lagi berjaya mempertahankan kategori vokal terbaik untuk 3 tahun berturut-turut menerusi lagu berjudul ‘Lelaki Teragung’ dan turut berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM12,000 dan sebuah trofi.

‘Hang Pi Mana’ dari Khalifah telah memenangi persembahan terbaik pada malam itu.

Mereka membawa pulang wang tunai berjumlah RM12,000 beserta trofi.

Ini keputusan penuh:

Juara: Lelaki Teragung (Dayang Nurfaizah)
Naib Juara: Terimaku Seadanya (Hafiz & Misha Omar)
Ketiga:  Sudah Ku Tahu (Projector Band) 
Vokal Terbaik: Dayang Nurfaizah
Persembahan Terbaik: Hang Pi Mana (Khalifah)

Tahniah kepada para pemenang!!

0 comments:

Post a Comment