Thursday, January 26, 2017

Ini Komen Mengejutkan Yusof Haslam Hentam Pembikin Drama, Setepek Kena

Ini Komen Mengejutkan Yusof Haslam Hentam Pembikin Drama, Setepek Kena




Yusof Haslam merupakan penerbit dan pengarah yang cukup disegani di Malaysia.

Kini, legasi pengarah ini diteruskan dua orang anaknya iaitu Shamsul Yusof dan juga Shafiq.

Memang berbakat besar kedua-dua anak Yusof Haslam ini.

Baru-baru ini Yusof telah menghentam pembuat drama di Malaysia yang sering memilih membuat drama cinta sahaja.

Selain itu, Yusof turut menegur stesen televisyen swasta yang lebih suka menyiarkan cerita yang komersialnya tinggi.


Ini komennya:

"Jangan kita asyik tumpu pada pembikinan cerita klise dan cerita cinta.

"Sekarang ini, pembikin drama boleh buat cerita berdasarkan isu semasa yang berlaku di negara ini,"

"Kadang-kadang, ini masalah stesen televisyen swasta. Kalau cerita tiada nilai komersial, mereka tidak mahu siarkan cerita tersebut.

"Kalau kita asyik nak berpaksikan nilai komersial, bila kita nak sampaikan mesej berguna kepada masyarakat?

"Jadi, saya rasa peranan stesen televisyen perlu seimbang dan sentiasa berganding bahu dengan pembikin bagi menghasilkan cerita yang bertauladan," 


Memang betul apa yang Yusof Haslam nyatakan ini.

0 comments:

Post a Comment