Friday, January 13, 2017

Ini Komen Mia Ahmad Tentang Suaminya Yang Lebih Muda

Ini Komen Mia Ahmad Tentang Suaminya Yang Lebih Muda



Mia Ahmad selamat menikahi pemain bola JDT, Izham Tarmizi.

Untuk pengetahuan, Izham 3 tahun lebih muda darinya.

Ini komen Mia Ahmad tentang hal ini: (sumber: BHarian)

Lebih Muda, Tapi Dia Serius


"Kesungguhan dan keberanian dia (suami) memang memikat hati saya selepas sering gagal dalam hubungan sebelum ini. 

"Pendirian saya terhadap lelaki dan cinta berubah dengan kesungguhannya.

"Selama mengenalinya kira kira setahun lalu, bukan saya bersikap jual mahal, tetapi lebih kepada berwaspada. 

"Saya tidak pasti sama ada Izham mahu serius atau sebaliknya. Pelbagai perkara bermain di fikiran. Apatah lagi usia saya pun bukan makin menurun.

"Kalau betul-betul dia ingin serius dengan saya, sampai ke tahap mana? Dia lebih muda daripada saya. Dalam hal ini, saya sangat realistik.

"Saya tidak mahu hubungan yang tidak membawa ke mana-mana dan membuang masa. Ternyata jodoh kami kuat dan saya harap ia akan menjadi yang pertama serta terakhir dalam hidup ini,"

Akan Menetap Di Johor


Selepas berkahwin, Mia akan menetap di Johor Bahru mengikut suaminya yang merupakan pemain bola sepak JDT.

Ini komen Mia:

"Memang dari awal lagi saya dan Izham sudah berbincang mengenai perkara ini. Apabila kami berkahwin, saya perlu mengikutnya menetap di Johor Bahru.

"Tidak timbul isu saya dipaksa atau terpaksa. Lagipun, sebagai pasangan yang baru berkahwin, lebih baik saya mengikut suami.

"Namun begitu, bukanlah bermakna saya tinggalkan dunia seni. Kerjaya saya di bidang ini pun baharu masuk tahun kedua.

"Saya akan berulang alik dari Johor ke Kuala Lumpur jika ada keperluan berbuat begitu. Cuma pada peringkat awal perkahwinan kami, saya kena fokus pada rumah tangga yang baharu dibina. Dia pun memahami," 

Semoga Mia dan Izham berbahagia.

0 comments:

Post a Comment