Monday, January 16, 2017

Inilah Teguran Dari Nik Abduh Buat Aliff Syukri Terlajak Laris

Inilah Teguran Dari Nik Abduh Buat Aliff Syukri Terlajak Laris



Jutawan popular, Aliff Syukri terkenal dengan iklan produknya yang sering membuat ramai teringat-ingat.

Tagline yang digunakannya iaitu "Terlajak Laris" juga amat popular di Malaysia.

Namun iklan terkini dari syarikat Aliff Syukri telah mencuri tumpuan anak kepada arwah Nik Aziz iaitu Nik Abduh.

Nik Abduh telah tampil memberi teguran secara terbuka kepada Aliff Syukri dan juga syarikat yang lain.

Jom baca tergurannya:

Salam buat semua.

Hari ini saya melihat satu iklan di akhbar Sinar Harian oleh syarikat D'HERBS untuk salah satu produk kecantikannya.

Saya pernah bertemu pemiliknya yang hebat, Dato' Aliff Syukri beberapa tahun lepas di Tasik Kenyir semasa kami berkebetulan sama-sama bercuti di sana. Beliau seorang yang memang terlajak baik dan terlajak mesra.

Namun, atas tanggung jawab sebagai seorang muslim sesama saudara muslimnya, ingin saya menasihati dan menegur Dato' Aliff Syukri secara terbuka di sini agar menapis iklan-iklan oleh syarikat perniagaan beliau agar lebih mematuhi syariat agama.

Wanita adalah amanah Allah ke atas para lelaki sebagaimana pesan al Rasul sallaLlahu alaihi wasallam. Kita semua sayugia menjaga mereka daripada segala kejahatan dunia dan akhirat. Jangan biarkan mereka terlalai tanpa nasihat ugama apatah lagi secara sengaja mendorong atau merangsang mereka melakukan kesalahan ugama.

Kegalakan iklan mendedahkan aurat wanita adalah perilaku jahiliyah dan dilarang oleh ugama. Allah mengutuk sekeras-kerasnya mereka yang mempergunakan wanita secara salah untuk tujuan mencari rezeki. Allah tidak akan memberkati rezeki itu bahkan mungkin saja melimpahkannya tetapi nantinya berhujung dan putus samada di dunia lagi atau di pintu kubur tanpa sambungan lagi di alam akhirat.

Maka nasihat saya untuk diri saya, Dato' Aliff, para peniaga dan pengiklan juga seluruh muslimin dan muslimat agar bertaqwa kepada Allah dan mentaati-NYA. Taqwa adalah pintu kekayaan yang takkan kering dan putus.

Semoga perniagaan Dato' Aliff Syukri terus berkembang maju dan diberkati Allah.


Diharap teguran ini diikuti dan diterima dengan baik. 


0 comments:

Post a Comment