Wednesday, January 11, 2017

Isteri Kedua Dedah Bagaimana Adi Putra Melamarnya

Isteri Kedua Dedah Bagaimana Adi Putra Melamarnya


Isteri kedua Adi Putra iaitu Norshahida kini sering menjadi tumpuan media.

Dia pernah menjelaskan bahawa tindakan Adi mengahwininya bukanlah di atas sebab zuriat.

Ini komennya:

“Saya kenal Adi, malah sepanjang enam bukan menjadi isterinya, isu zuriat tidak pernah timbul. Kami juga tidak pernah berbincang mengenainya. Bagi kami, jika ada rezeki, kami terima. Adi sentiasa beri semangat kepada saya,”

Norshahida juga ada bercerita bagaimana Adi melahirkan hasrat untuk melamarnya ketika berada di Madinah.

Malah Adi Putra juga menghubungi ibunya bagi meminta kebenaran untuk menyunting Norshahida.

Ini pendedahan Shahida:

“Ketika menunaikan umrah di Makkah, Adi ada melakukan solat istikharah. Ketika di Madinah, Adi menghubungi ibu saya untuk menyatakan hasrat untuk melamar. Sejak mula berkenalan, saya sudah sudah memperkenalkan Adi kepada ibu, malah dia turut meminta keizinan ibu untuk berkawan”

“Ketika Adi mahu berangkat ke Makkah, saya turut menghantarnya di KLIA. Ketika itu Adi memaklumkan hasratnya untuk menikahi saya pada 20 Jun lalu. Saya terdiam dan kebingungan. Pernikahan kami berlangsung di kediaman saya di Nilai, Negeri Sembilan,”


Itulah ceritanya bagaimana Adi Putra melamar isteri keduanya itu.

0 comments:

Post a Comment