Monday, January 9, 2017

Jep Sepahtu Dating Dengan Sari Yanti, Tonton Wayang Berdua

Jep Sepahtu Dating Dengan Sari Yanti, Tonton Wayang Berdua


Pelawak popular Jep Sepahtu kini memang panas dikaitkan dengan pelakon jelita Sari Yanti.

Pelbagai hint yang menguatkan tentang hubungan mereka berdua ini.

Antaranya ialah Jep menyambut hari kelahiran Sari Yanti dan Sari pula menyambut ulang tahun pertama Jep sebagai DJ Sinar FM.

Selain itu Sari Yanti juga telah menemani Jep ketika bermain bola sepak di padang dalam satu perlawanan persahabatan.

Mereka berdua juga pernah memuatnaik gambar bersama di laman Instagram masing-masing dengan tag nama diletakkan di bahagian hati.

Yang terbaru, seorang pengguna laman Facebook telah mencerita dia terjumpa dengan Jep lantas menegurnya.

Ketika itu mereka berada di panggung wayang. Pada mulanya lelaki berkenaan tidak dapat mengecam Sari Yanti yang mengenakan sweater berhood.

Namun setelah diamati, barulah diketahui bahawa wanita berkenaan ialah Sari Yanti.

Ini komennya:


Nampaknya mereka berdua ini sememangnya sedang mengenal hati budi masing-masing, memang secocok sangat.

0 comments:

Post a Comment