Monday, January 30, 2017

Lara Alana Nak Adik, Ini Respon Awal Ashaari

Lara Alana Nak Adik, Ini Respon Awal Ashaari


Awal Ashaari dan Scha Al Yahya mempunyai seorang anak yang popular di laman sosial iaitu Lara Alana.

Selebriti ini akui Lara sudah mula menunjukkan minat terhadap kanak-kanak lain membayangkan dia sepeti mahukan adik.

Awal telah tampil menjelaskan Lara Alana masih memerlukan perhatian daripada isterinya.

Pasangan ini ternyata belum bersedia untuk menimang cahaya mata kedua walaupun Lara sudah menunjukkan minat untuk menjadi kakak.


Ini komennya:

“Saya menyasarkan untuk menambah bilangan ahli keluarga apabila Lara menginjak usia tiga tahun kerana saya merasakan dia masih memerlukan perhatian dan kasih sayang khusus daripada kami”

“Tetapi sejak kebelakangan ini Lara mula menunjukkan minatnya terhadap bayi malah jika ke majlis perkahwinan dia sibuk hendak mendukung bayi yang dia nampak dan berlagak seperti seorang kakak,” 


Sementara itu, Scha Al Yahya meluahkan rasa rindu untuk hamil.

0 comments:

Post a Comment