Thursday, January 12, 2017

Mia Ahmad Selamat Bergelar Isteri Kepada Izham Tarmizi, Penjaga Gol JDT

Mia Ahmad Selamat Bergelar Isteri Kepada Izham Tarmizi, Penjaga Gol JDT


Pelakon  Mia Ahmad kini sah bergelar isteri kepada penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT) Mohd Izham Tarmizi Roslan.

Mereka selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz kira-kira jam 10.18 pagi tadi.

Pasangan terbabit dinikahkan oleh Naib Kadi Masjid Nurul Islam, Aulong, Taiping, Ustaz Abdul Rashid Azidin dalam majlis yang berlangsung di Taiping Sentosa Villa, Perak.

Pasangan sama scantik ini bernikah di hadapan kira-kira 200 tetamu terdiri daripada keluarga terdekat kedua-dua pihak, selain kenalan rapat.

Mia Ahmad  menerima mas kahwin RM2,000 selain menyerahkan sembilan dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak pengantin lelaki, manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Pasangan ini akan diraikan pula pada majlis resepsi di Taiping Golf and Country Club, Taiping pada malam esok.

Melalui jemputan yang diberikan, dijangka lebih 1,000 tetamu bakal memeriahkan majlis berkenaan.

Kata Mia, sebuah majlis turut dirancang di Kuala Lumpur, hujung Mac nanti. Dua majlis perkahwinannya itu juga mendapat liputan penstriman langsung di portal Tonton.my.

Koleksi Gambar KLIK SINI

0 comments:

Post a Comment