Sunday, January 22, 2017

Nama Di Mahkamah: Hanez Suraya Dan Suami, Romie Bakal Bercerai?

Hanez Suraya, Romie Bakal Bercerai?


Nama pelakon Hanez Suraya dan suami, Romie Razin Adilha didakwa tersenarai dalam kes Mal yang terdapat di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam.

Ini sememangnya satu kejutan yang tak disangka-sangka terutama para pemintanya.

Apatah lagi keluarga ini dilihat sentiasa ceria dengan kehadiran cahaya mata pertama mereka, Putri Aleesya.

Perkara ini mula bertebaran dan jadi bualan di forum Cari, dan menurut laman web Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, kes Mal merangkumi beberapa perkara dalam kekeluargaan Islam termasuklah tentang pembubaran keluarga.

Sebelum ini, Hanez pernah digosipkan mempunyai masalah rumahtanggan namun enggan mengulas dakwaan bahawa rumah tangga mereka bermasalah kepada Harian Metro.

Untuk pengetahuan, Hanez dan suami, Romie diijabkabul pada Mac 2015. perkahwinan mereka menjadi bualan ramai dan penuh kontroversi kerana Hanez dituduh menjadi orang ketiga.

Namun sehingga kini, Hanez masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan perkara berkenaan.

Kita tunggu kenyataan dari Hanez nanti.

0 comments:

Post a Comment