Monday, January 16, 2017

Tak Bertekak Pun, Mira Filzah Akhirnya Tampil Beri Komen

Tak Bertekak Pun, Mira Filzah Tampil Beri Komen


Pelakon cantik comel Mira Filzah tampil memberi penafian bahawa berlaku perselisihan faham dengan pelakon atau kru produksi drama Cik Serba Tahu yang sedang menjalani penggambaran di sekitar Kuala Lumpur.

Drama ini sepatutnya diterajui oleh Mira Filzah yang hangat dikatakan bakal berganding dengan Fattah Amin.

Namun awal-awal lagi, Fattah Amin mengatakan dia tidak terlibat dalam drama itu kerana akan berehat panjang.

Watak utama yang sepatutnya dipegang Mira Filzah dalam drama itu telah digantikan dengan pelakon lain iaitu Sariyanti.

Pelakon lelaki pula diterajui oleh Remy Ishak.

Menurut Mira, pada awalnya memang dia ditawarkan berlakon dalam drama itu tetapi penggambarannya ditunda.

Apabila ditunda, Mira Filzah pula sudah mempunyai kontrak berlakon drama lain.

Ini komennya:

"Apabila tarikh ditunda, saya pula sudah menerima tawaran drama lain menyebabkan tarikh penggambaran kedua-dua drama itu bertindih.

"Apabila saya tidak dapat memberikan komitmen pada drama Cik Serba Tahu, syarikat produksi tahu ia bukan salah saya"

"Saya rasa bersalah dan kasihan dengan peminat yang sudah membeli novel dan banyak yang sudah saya tandatangan pada novel tersebut. 

"Saya harap mereka faham yang saya tiada rezeki untuk berlakon dalam drama berkenaan," 

Mira berkata, jadual kerjanya untuk bulan ini dan Februari sudah penuh dan memang tidak ada ruang untuk dia terbabit dalam drama itu.

Mira Filzah kini sedang menjalani penggambaran telefilem Dosa Perempua

0 comments:

Post a Comment