Wednesday, February 1, 2017

Alif Satar Timang Anak Kedua, Ini Gambar Wajah Anaknya Yang Amat Comel

 Alif Satar Timang Anak Kedua



Ribuan tahniah diucapkan pada Alif Satar serta isteri yang baru sahaja menimang cahaya mata kedua mereka yang juga perempuan.

Bayi perempuan tersebut telah dilahirkan secara normal pada jam 6.45 pagi tadi di Pusat Perubatan Pantai, Bangsar selepas isterinya dimasukkan ke hospital pada Selasa lalu.

Alif Satar meluahkan rasa lega berkata:

"Alhamdulillah, keadaan anak dan isteri baik saja. Anak saya dilahirkan sihat walafiat.

"Kami sepakat menamakannya Ariana Mecca. Ariana bermaksud penuh kehidupannya. Mecca pula kerana saya dan isteri menunaikan umrah sebelum ini dan terdetik nama Mecca (Makkah) bagi melengkapinya”

“Doktor Idora yang menyambutnya. Doktor yang turut menyambut kelahiran Aleesya sebelum ini sangat baik dan memberikan layanan terbaik buat kami,”

Alif sangat  teruja dengan kelahiran anak kedua mereka yang selamat dilahirkan. Alif juga turut memuat naik gambar beliau bersama bayi keduanya dilaman sosial untuk berkongsikan berita gembira itu bersama peminat.

Rata-rata peminat begitu teruja melihat wajah bayi comel tersebut sambil mengucapkan taniah.

0 comments:

Post a Comment