Fattah Amin Tampil Luah Perasaan, Tapi Sebenarnya Bukunya Catat Sejarah Kerana...

Fattah Amin Tampil Luah Perasaan, Tapi Sebenarnya Bukunya Catat Sejarah Kerana..




Fattah Amin memang teruk dikutuk gara gara buku keluarannya.

Pelakon ini telah tampil membuat luahan hati.

Bagi Fattah, setiap kritikan dan kecaman yang diberikan itu dijadikan sebagai batu loncatan untuk tampil lebih maju.

LUAHAN HATI

Ini komennya:


"Masa awal lakonan saya ketika dikritik saya berlakon macam kayu, saya sebenarnya tak pernah berhenti belajar untuk perbaiki kelemahan diri sendiri.

"Jadi, apa sahaja yang terjadi terhadap diri saya sebagai seorang selebriti, ia bukan alasan yang boleh mematahkan semangat saya untuk berlakon. Memang tak pernah sekali pun saya berhenti,"

"Bahkan di tahap saya sekarang ada lagi yang masih tidak menerima kekurangan saya, ada yang mengkritik juga kecam.


"Namun saya akui, saya manusia biasa dan ada kekurangan. Tetapi saya positif dan jadikan kritikan itu sebagai semangat baru untuk maju,"

KENA KUTUK TAPI SEBENARNYA BEST SELLER

Semakin dikutuk, semakin laris! Itulah kesimpulan yang boleh dibuat terhadap buku 99 Kata-Kata #QalifModen Fattah Amin

Buku ini sememangnya amat viral di laman sosial pada minggu lepas.

Fattah berkata, pembelian yang dibuat orang ramai secara dalam talian meningkat secara mendadak

"Untuk cetakan pertama pihak penerbit mengeluarkan 5,000 salinan dan Alhamdulillah setakat ini jualan sangat memberangsangkan walaupun ia dikritik hebat.

"Malah pihak MPH Book Store juga membuat tempahan baru buku itu kerana mendapat permintaan tinggi selain ia diletakkan di carta 'best seller',"


Fattah akan sentiasa berfikiran positif terhadap kritikan yang dilemparkan terhadapnya berhubung isu penghasilan buku itu.


0 comments:

Post a Comment