Tuesday, February 21, 2017

Lawak Kurang Ajar Menghina!! Laporan Polis Dibuat Keatas Pelawak Zero

Lawak Kurang Ajar Menghina!! Laporan Polis Dibuat Keatas Pelawak Zero



Zero merupakan salah satu kumpulan yang brtanding di Maharaja Lawak Mega 2017.

Kumpulan ini terdiri daripada tiga adik-beradik dari Sabah iaitu Mohamad Syaiful Doli Sharif bersama-sama Sharif Kadir dan Sharid Kunal.

Persembahan Zero dikatakan bertenaga dan berjaya memikat hati juri dengan memberi 5 bintang.

Namun tanpa disedari, sebenarnya perbuatan dan lawak mereka di atas pentas itu disifatkan kurang ajar dan menghna kaum Iban.

Masyarakat Dayak di Sarawak mengecam tindakan kumpulan pelawak Zero yang memakai pakaian tradisional wanita Iban ketika membuat persembahan.

Laporan polis dibuat oleh NGO berpengaruh meminta penganjur serta kumpulan itu membuat permohonan maaf secara terbuka.

Sebanyak 3 laporan polis telah dibuat ke atas kumpulan Zero.

Rasa tidak puas hati terhadap sketsa mereka timbul apabila seorang daripada anggota kumpulan itu memakai 'ngepan indu' iaitu mengikut adat Iban, pakaian itu secara tradisinya digunakan oleh kaum wanita masyarakat Iban.

Pakaian itu adalah suci bagi masyarakat Iban dan tidak boleh dipakai oleh kaum lelaki.

Antara kritikan yang dilontarkan ialah daripada Presiden Persatuan Dayak Miri (DAM), Serawa Budol, menyifatkan komedi yang dipersembahkan oleh Zero itu menghina masyarakat Iban.

Ini komennya:

"Bukan sahaja mereka menyinggung perasaan komuniti Iban, pertunjukan komedi itu telah menghina dan mengejek budaya kerana jantina lain tidak dibenarkan memakai pakaian tradisional itu,"

"Kami mahu penganjur dan anggota kumpulan berkenaan membuat permohonan maaf secara terbuka atas kejadian itu dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi,"


...............................................

"Not only do they offend the Iban community, the comedy show was insulting and ridiculing other cultures because man is not allowed to wear the traditional clothes,"

 "We want the organizers and members of the group make a public apology for the incident and promised not to repeat it again,"

0 comments:

Post a Comment