Dato Seri Vida Akhirnya Mengaku Bersalah, Ini Jumlah Denda Yang Dikenakan

Dato Seri Vida Akhirnya Mengaku Bersalah, Ini Jumlah Denda Yang Dikenakan 



Dato Seri Vida atau nama penuhnya Hasmiza Othman telah mengaku bersalah hari ini.

Jutawan ini mengaku bersalah di Mahkamah Majistret  atas tuduhan gagal mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (Borang B) kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

DENDA


Dengan itu, Dato Vida akan dikenakan denda sebanyak RM500. Hakim turut menetapkan penjara dua hari sekiranya Vida gagal membayar denda tersebut.

Dato Vida kemudian telah membayar denda tersebut.

Beliau kemudian berjanji akan mengemukakan Borang B taksiran tahun 2011 dalam tempoh sebulan dari tarikh jatuh hukum.

Vida yang juga Pengarah Syarikat Vida Beauty Sdn Bhd itu didakwa gagal mengemukakan Borang B bagi tahun taksiran 2011 walaupun notis akhir di bawah Seksyen 78 (a) Akta Cukai Pendapatan 1967 telah diserahkan kepadanya.

Pendakwaan dikendalikan Peguam Hasil, Norhidayah Mohamad Anas.


KES GST

Disember lalu, Vida mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh atas 16 pertuduhan gagal mengemukakan penyata Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Kes GST Dato Vida bakal dibicarakan.

0 comments:

Post a Comment