Thursday, March 9, 2017

Dituduh Curangi Kekasih Kerana Elfira Loy, Ini Pendedahan Sebenar Dari Sufian Suhaimi

Dituduh Curangi Kekasih Kerana Lefira Loy, Ini Pendedahan Sebenar Dari Sufian Suhaimi



Penyanyi Sufian Suhaimi kini dikaitkan dengan satu kisah mengatakan dia meninggalkan kekasih untuk Elfira Loy.

Malah ada rakan bekas kekasih Sufian Suhaimi yang meluahkan perasaan bengang dengan penyanyi baru ini.

Baca Luahan Marah Rakan Bekas Kekasihnya DISINI.

Kini Sufian tampil memberi respon tentang hal yang semakin panas ini.

Dia telah menafikan tuduhan netizen di laman sosial bahawa dia lupa daratan dan curang terhadap kekasihnya apabila mula mendekati pelakon Elfira Loy.

Sehingga ada yang menganggap dia sudah berubah sikap selepas popular.

Sufian menceritakan hal sebenar bahawa hubungan dia dengan seorang wanita bernama Izyan itu sudah berakhir sejak beberapa bulan lalu.


Ini komennya:

"Ramai yang marah dengan saya kerana mereka baru jumpa gambar-gambar lama saya dengan bekas kekasih saya dan membuat kesimpulan sendiri.

"Sebenarnya saya sudah putus dan wanita dalam gambar itu ialah bekas kekasih saya, namun saya tidak rasa ada keperluan untuk saya jelaskan perkara sebenar kerana ia adalah hal peribadi,"

"Putus bukan sebab Elfira dan saya kasihan juga kerana Elfira turut terkena tempias dengan hal ini. 


"Elfira ada bertanya saya dan sedih bila dituduh begitu oleh netizen.

"Tapi bila saya jelaskan perkara sebenar, dia faham dan tidak melayan perkara berkenaan,"


Hubungan antara Sufian Suhaimi dan Elfira loy tampak mesra. Pada hari jadi Elfira, Suhaimi menghadiahkan bunga yang besar buat pelakon itu.

0 comments:

Post a Comment