Saturday, March 11, 2017

Gambar Terlajak Mesra Shah Iskandar & Uqasha Senrose Berpimpin Tangan Jadi Persoalan Ramai

Gambar Mesra Berpimpin Tangan Shah Iskandar Dan Uqasha Senrose Jadi Persoalan Ramai


Uqasha Senrose sememangnya seorang yang diminati ramai.

Kerana kejelitaannya, ramai artis lelaki yang dikatakan rapat dengannya.

Banyak gosip melibatkan Uqasha seperti Pekin Ibrahim,  Hafidz Roshdi, Syafiq Kyle, Iqram Dinzly, Tengku Bakar dan Hefny.

Namun yang terbaru, nama Shah Iskandar tiba tiba dikaitkan dengan Uqasha Senrose.

Ini bermula apabila Shah Iskandar dan Uqasha dilihat mesra ketika menghadiri satu majlis.


Mereka berdua dilihat tampil berpegangan, berpimpin tangan ketika menghadiri majlis tersebut.

Menurut saksi dan laporan BeautifulNara, mereka berdua dijemput ke program itu dan dilihat sangat mesra seperti sedang bercinta.

Namun yang menjadi persoalan ramai, Shah Iskandar telahpun bernikah dan mempunyai seorang isteri bernama Siti Sarah.

Shah Iskandar dan isteri bernikah pada tahun 2016.

Apa sebenarnya hubungan Shah Iskandar dan Uqasha. Tunggulah kenyataan mereka berdua nanti.

Shah Iskandar dan isterinya

0 comments:

Post a Comment