Monday, March 6, 2017

Hafiz Hamidun Buat Pengumuman, Bakal Nikahi Ibu Tunggal

Hafiz Hamidun Buat Pengumuman, Bakal Nikahi Ibu Tunggal


Selebriti Hafiz Hamidun telah embuat pengumuman bahawa dia bakal menamatkan zaman bujangnya bersama seorang wanita yang juga ibu tunggal.

Hafiz Hamidun tidak membuat majlis pertunangan, penyanyi ini merancang untuk bernikah dengan wanita terbabit sebelum Ramadhan ini.

Ini komen Hafiz Hamidun:

"Bagi pihak saya, memang dirancang untuk menikah sebelum Ramadan dan majlis resepsi akan diadakan selepas raya tahun ini. 

"Saya tak rancang untuk bertunang, sebaliknya mahu terus bernikah. Saya berdoa semoga perancangan saya untuk berkahwin kali ini berjaya”
 

"Kami kenal antara satu sama lain sudah lama. Tapi sejak dua bulan lalu kami mula berkawan dengan serius. 

"Dia yang pernah berkahwin dan mempunyai anak sudah tahu mengenai hala tuju hubungan kami. Saya juga sudah memberitahu niat ikhlas saya untuk memperisterikannya”
 

"Sebelum ini saya tak pernah fokus mengenai hal peribadi. Saya sedar perancangan sebelum ini tak menjadi kerana asyik sibuk dengan karier. Tapi kali ini saya serius, saya sudah bersedia untuk kahwin,”

Identiti bakal isterinya itu masih lagi dirahsiakan kepada umum.

Tahniah diucapkan kepada Hafiz hamidun dan pasangan.

0 comments:

Post a Comment