Monday, March 20, 2017

Ini Kenyataan Balas Dari Dato Hattan Setelah Didakwa Tipu, Aniaya Wanita Sampai Muflis

Ini Kenyataan Balas Dari Dato Hattan Setelah Didakwa Tipu, Aniaya Wanita Sampai Muflis



Dato Hattan telah tampil memberikan kenyataan balas setelah seorang wanita mendakwa penyanyi itu menganiaya sampai muflis.

Kes ini mendapat perhatian setelah seorang wanita mendedahkan tentang kes penipuan Hattan berjumlah RM1 Juta (DISINI)

Bagi Dato Hattan, perkara berkenaan merupakan fitnah semata-mata.


Penyebaran video itu dianggap sebagai satu cara wanita tersebut untuk melariskan perniagaannya.

Malah satu laporan telah dibuat di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur semalam berhubung kes tersebut.

Ini komen Dato Hattan:

“Saya sudah buat laporan polis semalam dan peguam telah mengeluarkan surat saman terhadap kedua-dua individu tersebut.

“Semua yang dinyatakan mereka adalah fitnah dan saya sudah serahkan kepada polis dan peguam untuk tindakan selanjutnya,”

“Apabila kita popular, ramai yang akan mengambil kesempatan,”


Hattan akan  menyerahkan tindakan selanjutnya kepada peguam.

Penyanyi popular ini berkata kejadian ini merupakan satu ujian kepadanya.

0 comments:

Post a Comment