Wednesday, March 15, 2017

Ini Kenyataan Rasmi Dari Hafiz Hamidun Tentang Joy Revfa, Bakal Isterinya

Ini Kenyataan Rasmi Dari Hafiz Hamidun Tentang Joy Revfa, Bakal Isterinya



Penyanyi nasyid, Hafiz Hamidun akhirnya tampil memberi kenyataan tentang bakal isterinya.

Wanita yangbakal menajdi permaisuri hatinya ialah Joy Revfa atau nama sebenarnya Siti Arifah Amin yang berumur 29 tahun.

Perkara ini akhirnya disahkan sendiri oleh Hafiz Hamidun yang kini berumur 33 tahun.

~Lihat 6 Koleksi Foto Joy Revfa Yang Jelita (DISINI)

Kata Kata Hafiz, dia juga tidak melihat status ibu tunggal bakal isterinya sebagai satu masalah malah dia sudah bersedia untuk menjadi bapa segera.

Joy Revfa mempunyai seorang anak lelaki berusia tiga tahun, hasil perkahwinannya dengan bekas suami yang berpangkat Datuk.

Hafiz bakal mendirikan rumah tangga dengan Joy pada 1 Mei depan.

Menurut Hafiz, majlis pernikahannya dengan ahli perniagaan kosmetik itu dijangka berlangsung di sebuah masjid di Shah Alam.

Keluarga kedua-dua pihak juga sudah bertemu dan merestui perhubungan yang terjalin.

Ini komen Hafiz Hamidun:

JANDA BUKAN MASALAH

"Status bakal isteri saya bukannya masalah. Sebelum ini pun saya pernah membuat kenyataan tidak kisah kalau ditakdirkan berkahwin dengan janda. Rasulullah sendiri berkahwin dengan janda bernama Siti Khadijah,"

HUBUNGAN TIDAK DIRANCANG

"Hubungan kami memang berlaku tanpa dirancang. Selepas empat atau lima minggu bertemu, jodoh kami nampaknya melekat.

"Saya sendiri memang tidak mahu berkawan lama-lama dalam sesebuah perhubungan. Kalau ia boleh dibawa ke arah perkahwinan, perhubungan seperti itulah juga yang saya inginkan. Alhamdulillah, menerusi hubungan kali ini, ia bagai dipermudahkan,"

SIDANG MEDIA

"Insya-Allah, pada majlis sidang media itu nanti kami juga akan adakan acara yang menjadi simbolik kepada ikatan hubungan ini. Sidang media itu juga boleh dikatakan merangkap majlis pertunangan kami," 

Tahniah buat Hafiz Hamidun dan juga Joy Revfa.

0 comments:

Post a Comment