Monday, March 27, 2017

Ini Komen Hakim Apabila Fasha Sandha Bawa Kes Ke Mahkamah, Halang Jejai Ganggu Dirinya

Fasha Sandha Bawa Kes Ke Mahkamah, Halang Jejai Terus Ganggu Dirinya




Sebelum ini pelakon Fasha Sandha ada mendedahkan bahawa bekas suami Jejai sering mengganggunya setelah bercerai.

Fasha Sandha ada mendedahakan bukti bukti nya yang jelas menunjukkan Jejai memaksanya untuk berjumpa dan kerap menelefonnya. (LIHAT SINI)

Kini, Fasha Sandha telah memfailkan perintah injuksi bagi menghalang bekas suami, Jejai supaya tida mengganggu privasinya.

Fasha memohon Mahkamah Tinggi Syariah supaya menghalang Jejai daripada mengganggunya secara percakapan, termasuk mesej melalui SMS, aplikasi Whatsapp atau di laman sosial serta merta.

Pelakon ini juga ingin mendapat perintah mahkamah supaya menghalang responden daripada menceroboh privasinya sama ada secara bersendirian, ditemani keluarga atau rakan-rakan.

Namun pihak mahkamah telah menolak untuk mendengar permohonan injuksi pencegahan secara ex-parte (sebelah pihak) yang dibuat pelakon itu.

Hakim Syarie, Muhammad Abdul Karim Wahab sebaliknya memerintahkan kes itu didengar dengan kehadiran dua belah pihak bagi membolehkan Jejai menjawab sendiri tuduhan yang dibuat terhadapnya.

Ini komen hakim: (mStar)

"Walaupun mahkamah berpuas hati dengan afidavit yang difailkan pemohon namun adalah lebih adil mahkamah memberi peluang kepada responden sendiri untuk menjawab semua dakwaan,"

Sementara itu, pada prosiding sama, Fasha turut memohon notis tunjuk sebab terhadap Jejai selepas dia dikatakan gagal mematuhi perintah mahkamah yang dikeluarkan pada 20 Januari tahun lalu berhubung pelantikan pemegang amanah terhadap sebuah kediaman di Ampang, Selangor.

Jejai  dikatakan gagal melaksanakan perintah dengan tidak menandatangani surat ikatan pemegang amanah seperti dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

Dalam perintah tersebut, pemohon mendapat hak sebanyak 50 peratus terhadap rumah itu manakala selebihnya milik dua anak mereka.

Hakim dilihat berpuas hati dengan permohonan itu dan memerintahkan notis tunjuk sebab diserahkan kepada Jejai.

Tarik 17 April dipilih sebagai sebutan semula kedua-dua kes itu.

Untuk pengetahuan, Fasha dan Jejai telah bernikah pada 27 April 2012 setelah Jejai bercerai dengan pelakon popular Nora Danish.

Sepanjang perkahwinan, Fasha dan Jejai mempunyai dua orang anak iaitu Putra Rayfal yang berusia tiga tahun dan Putri Raysha Jemyma, dua tahun.

Mereka berdua bercerai pada 20 Januari 2016.

0 comments:

Post a Comment