Saturday, March 11, 2017

Inilah 6 Foto, Emma Maembong Berpelukan Dengan Aiman Hakim Ridza Dikecam Teruk

Ini 6 Foto, Emma Maembong Berpelukan Dengan Aiman Hakim Ridza Dikecam Teruk


Emma Maembong dan Aiman Hakim Ridza menerima kritikan dari orang ramai apabila mereka berdua melakonkan watak mesra di dalam filem terbaru.

Filem berjudul Kimchi Untuk Awak ini mempamerkan kemesraan antara Emma dan Aiman di layar perak.

Teaser dan iklan filem ini telah keluar dan jelas kelihatan pasangan watak utama ini berpelukkan dan bersentuhan tangan.

Ini fotonya:






Ada sesetengah pihak yang memberi kritikan tentang perkara ini.

Ini antara komen dari orang ramai:

"Nampak menarik tapi bila bab Emma berlakon ada adegan pegang-pegang dan bersentuhan dengan pelakon lelaki terus tak menarik, bekan apa dia kan bertudung walaupun hanya sekadar lakonan... maaf saya megkin kuno, saya hanya menyuarakan pendapat saya saja..."

"Haritu yang budak perempuan tu peluk artis kpop bukan main kena kecam. Yang ni sweet pula."

"Haram la pegang tangan ni..nak buat filem pun biarlah syariah compliance baru berkat dunia dan akhirat.." 







UPDATE!!!:
~Emma Maembong Beri Respon Balas (BACA KENYATAAN EMMA SINI)

Filem Kimchi Untuk Awak yang merupakan filem pertama arahan Micheal Ang ini turut menampilkan beberapa pelakon popular seperti Janna Nick, Sharifah Sakinah, Dira Abu Zahar dan Ungku Haris.

0 comments:

Post a Comment