Wednesday, March 15, 2017

Jangan Anggap Akidah Saya Terjejas - Fazura Setelah Dikecam Hebat

Jangan Anggap Akidah Saya Terjejas - Fazura



Fazura meluahkan rasa kecewa apabila tayangan filem Beauty & The Beast ditunda.

Malah dia juga kecewakerana diberitahu mungkin akan ada potongan babak jika ditayang di Malaysia.

Oleh kerana itu, pelakon berusia 34 tahun ini mahu menonton filem kegemarannya itu di luar negara.

Dia merasakan, akidahnya langsung tak terjejas jika menonton filem itu.


Ini komennya:

"Saya mahu menonton filem itu di luar negara kerana saya diberitahu ada babak yang  dipotong jika ditayangkan di Malaysia.

"Saya ingin menonton secara (pemikiran) orang dewasa dan tidak mahu orang lain menganggap akidah saya boleh terjejas apabila menonton filem itu.


"Saya rasa semua orang sudah dewasa dan ada pegangan agama masing-masing,"


Fazura ada membuat tweet tentang hal ini di laman sosial tetapi teruk dihentam kerana memnulis tentang iman orang lain (BACA SINI)

Untuk pengetahuan, Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LFPM) sebelum ini membenarkan filem itu ditayangkan di negara ini dengan sedikit pemotongan khususnya melibatkan babak kontroversi.

Syarikat pengeluar filem itu iaitu Walt Disney tak membenarkan filem itu ditayangkan jika ada suntingan.

Untuk makluman, negara Rusia telah mengenakan sekatan ke atas filem ini dengan kanak-kanak di bawah umur 16 dilarang daripada menontonnya.

Pawagam di Alabama, Amerika Syarikat juga mengharamkan filem ditayangkan kerana watak songsang.

0 comments:

Post a Comment