Wednesday, March 15, 2017

Kenapa Pusing?? Ini Kenyataan Dari Cindy Ng, Remaja 19 Tahun Bawa Kereta Lawan Arus

Kenapa Pusing?? Ini Kenyataan Dari Cindy Ng, Remaja 19 Tahun Bawa Kereta Lawan Arus



Kes kereta dibawa secara berbahaya secara berlawan arus sehingga menyebabkan kemalangan maut kini menjadi tumpuan seluruh Malaysia.

Pemandu yang membawa kereta itu dikatakan bernama Cindy Ng, seorang remaja 19 tahun.

Lihat gambar Cindy Ng (DI SINI)

Remaja itu merempuh beberapa kenderaan lain ketika meluru lawan arah trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan semalam.

Remaja itu berkata dia berbuat demikian selepas dia terbayangkan sebuah lori, menurut laporan dari polis Seberang Perai.

Perkara ini dijelaskan oleh Ketua Polis Seberang Perai Tengah, Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid.

Hasil pemeriksaan kamera lebuh raya mendapati remaja itu melakukan "pusingan U" sebelum memandu laju melawan arah trafik sejauh 5km.

Remaja itu tidak memasuki arah bersebelahan melalui sebuah bukaan untuk kenderaan kecemasan.

Remaja itu dalam perjalanan pulang dari sebuah kelab di Bukit Mertajam menuju ke rumahnya di Butterworth.

Dia terlepas jalan ke Permatang Pauh dan terus menuju ke Plaza Tol Sungai Dua.

Di situ, Cindy Ng berkata dia melihat seakan-akan sebuah lori di tengah jalan dan dengan pantas melakukan pusingan U ke lorong paling kanan, meletakkan kereta itu di arah berlawanan di lorong paling kanan.

Dia melakukan U turn secara tiba-tiba dan telah menggeser 3 kenderaan lain sebelum memandu 5km dan merempuh sebuah Perodua Kelisa dan 5 lagi kenderaan.

Pemeriksaan kamera di lebuh raya mendapati tidak ada lori di tengah jalan seperti yang didakwanya.

Sementara itu ada laporan mengatakan remaja ini khayal akibat mengambil barang terlarang.

Pagi tadi, Mahkamah Majistret membenarkan polis mereman remaja tersebut selama 4 hari.

0 comments:

Post a Comment