Tuesday, March 21, 2017

"Mat Salleh Cium Sweet, Bila Melayu Tak Boleh" Aiman Komen Adegan Mesra Dengan Emma

"Mat Salleh Cium Sweet, Bila Orang Melayu Tak Boleh" Aiman Komen Adegan Mesra Dengan Emma





Aiman Hakim Ridza bakal tampil bersama Emma Maembong dalam filem Kimchi Untuk Awak.

Apabila teaser filem itu keluar, banyak adegan pegang tangan, berpelukan yang agak intim antara Aiman Hakim dan Emma Maembong.

Ini membuatkan orang ramai ada yang mengkritik adegan tersebut.


~Lihat adegan mesra Emma dan Aiman itu (DISINI)

Hero filem itu, Aiman Hakim telah tampil memberi komen. Dia berpendapat penonton haruslah melihat dari sudut penceritaan filem tersebut.

Kata Aiman, janganlah mengkritik tanpa melihat keseluruhannya.

Ini kenyatan Aiman apabila ditanya tentang adegan mesra itu:

“Saya rasa persoalan sebegini tidak perlu diteruskan sebab tak membawa apa apa faedah ke mana mana pihal. Kita bila tengok cerita mat salleh, dia cium semua sweet, tapi bila orang Melayu tak boleh. Adakah mat salleh itu, makhluk lain bukan manusia”

“Jadi bagi saya sebagai seorang warga Malaysia, apa yang saya nampak kita memang pandai playing innocent which is tak adil sebab semua orang ada buat dosa. Jadi apa yang lebih penting ialah jalan cerita. Pengajaran dalam filem itu sampai,”


Filem berkenaan akan ditayangkan tidak lama lagi dan merupakan filem pertama gandingan Emma dan Aiman di layar perak.

0 comments:

Post a Comment