Tuesday, March 28, 2017

"Pelawak Baru Banyak Menyusahkan..." - Tauke Raja Lawak Kini Tertekan

"Pelawak Baru Banyak Menyusahkan..." - Tauke Raja Lawak





Pentas paling berprestij untuk para pelawak masa kini sudah tentu pertandingan Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM2017) di Astro.

Sejak diperkenalkan, rancangan ini sudah pasti menjadi rancangan paling dinantikan oleh para penonton.

Salah seorang peserta paling berpengalaman di pentas MLM ialah Tauke yang amat hebat beraksi ketika berama arwah Yusry dalam kumpulan Jambu.

Tauke kini bersaing bersama Ropie dan Acong menubuhkan kumpulan baru dikenali sebagai 'Nice'.

Kini kumpulan Nice sering terjerumus ke bottom 3 sejak kebelakangan ini.

Melalui laporan dari portal hiburan Astro Gempak, Tauke sendiri akui tertekan dengan kehadiran pelawak baru dalam industri lawak di Malaysia.

Tauke akui  pelawak baru telah memberi persaingan hebat melalui idea-idea mereka yang kreatif dan segar untuk setiap persembahan.

Ini kenyataan Tauke: (sumber: AstroGempak)

"Kehadiran pelawak baru ini banyak menyusahkan kami sebagai pelawak-pelawak yang berpengalaman dalam industri.

"Kemunculan mereka telah menyebabkan kami harus berkerja keras mencari idea yang lebih segar dan berkualiti untuk bersaing di pentas MLM 2017.

"Mereka telah memberi saingan hebat kepada pelawak-pelawak lama dan kami harus untuk melakukan sesuatu yang lebih bagus daripada mereka.

"Jadi dengan kehadiran mereka secara tidak langsung dapat meningkatkan mutu persembahan para peserta melalui idea yang kreatif untuk menentukan siapa yang terbaik,"


Semoga Tauke dan kumpulan Nice berjaya mengharungi pertandingan MLM2017 dengan jayanya.

0 comments:

Post a Comment