Friday, March 3, 2017

Penyanyi Sufian Suhaimi Dikecam Dikatakan Tinggalkan Kekasih Kerana Elfira Loy

Penyanyi Sufian Suhaimi Tinggalkan Kekasih Kerana Elfira Loy



Banyak persolan bermain di fikiran para peminat penyanyi Sufian Suhaimi kerana dikatakan dia telah meninggalkan kekasihnya hanya untuk pelakon, Elfira Loy.

Wanita yang juga dikatakan kekasih Sufian adalah Izyan dan hubungan mereka dikatakan semakin retak.

SUHAIMI DIKECAM

Sufian juga turut dikecam kerana dianggap sudah lupa daratan selepas popular dan mengaitkan nama Elfira sebagai punca keretakan.

Ramai mengatakan Suhaimi dan Elfira semakin rapat dan sudah ada bibit percintaan.

Namun, kedua-duanya menjelaskan hubungan rapat mereka hanyalah sebagai kawan.

AKUI IZYAN BEKAS KEKASIH

Apabila foto Izyan tersebar, Suhaimi mengakui wanita dalam gambar itu adalah bekas kekasihnya dan tiada penjelasan yang perlu dilakukan kerana ianya adalah perkara peribadi.

Menurutnya, ada yang memarahinya selepas gambar tersebut menjadi tular dan membuat kesimpulan sendiri tanpa mengetahui perkara sebenar.

Ini komen Suhaimi:

“Ini bukan sebab Elfira dan saya kasihan juga kerana Elfira turut terkena tempias dengan hal ini.

“Dia (Elfira) ada bertanya saya dan sedih bila dituduh begitu oleh netizen. Tapi bila saya jelaskan perkara sebenar, dia faham dan tidak melayan perkara berkenaan,”


Walaubagaimanapun, ada peminat yang suka jika Elfira dan Suhaimi menjadi pasangan kekasih kerana mereka sesuai bersama.

0 comments:

Post a Comment