Presiden Wartawan Hiburan, Datuk Tengku Khalidah "Sekolahkan" Adi Putra.. Setepek Kena

Presiden Wartawan Hiburan, Datuk Tengku Khalidah Selar Tindakan Adi Putra..Setepek Kena




Nampaknya kes Adi Putra dedah nombor seorang wartawan mendapat perhatian orang ramai dan juga para wartawan.

Ini termasuk Presiden Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) iaitu Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin.

Untuk pengetahuan, Tengku Khalidah merupakan wartawan hiburan pertama yang mendapat gelaran 'Datuk' di Malaysia ini.

Datuk Tengku Khalidah telah menyelar tindakan Adi Putra itu.

Ini komennya:

Hormati kerja orang, orang akan hormat kerja kita. Insya Allah. Semoga ini menjadi pengajaran buat semua bahawa kerja wartawan itu tidak hanya diperlukan time kalian nak promosi produk semata-mata.

Wartawan minta komen artis, itu adalah kerana tugas, kami bukan peminat artis. Wartawan tanya soalan apa sekalipun, selagi mematuhi etika kami, ia masih kerana kerja dan profession kami. Tetapi menyebarkan nombor telefon orang lain kepada orang luar sehingga menimbulkan rasa trauma, ia satu yang bukan boleh dibuat main-main. Lagi satu, memberi komen dan menulis hal-hal yang boleh menjejaskan keselamatan orang lain di laman sosial, mengugut, mencaci dan mencela juga ia boleh disabitkan dengan kesalahan jenayah siber di bawah MCMC. 

Jadi, sebelum komen apa, walau setinggi langit anda memuji salebriti kesayangan kalian, jangan sampai 'bahana' datang kepada anda semula..Saya gerenti, masa tu artis kesayangan anda tak akan tolong pun sebab dia pun tak kenal anda. Saya jamin bab tu tau... So, nikmati tulisan akak dalam Pancaindera hari ni ya dengan riang ria. Kes Adi dan Dyla,serahkan pada pihak berkuasa macamana nak selesaikan.





Itulah komen dari Tengku Khalidah tentang hal ini.

Untuk pengetahuan, Tengku Khalidah merupakan wartawan dari Utusan dan kini berumur 42 tahun.

0 comments:

Post a Comment