Thursday, March 16, 2017

Remaja OKU Itu Ada Masalah Belajar, Macam Mana Boleh Lepas Dapat Lesen? Ini Jawapan JPJ

Remaja OKU Itu Macam Mana Boleh Lepas Dapat Lesen?


Semalam remaja yang memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan satu kematian telah disahkan seorang OKU kategori masalah pembelajaran.

Ramai juga bertanya, macam mana boleh lepas ujian JPJ dan dapat lesen kalau lambat belajar?

Seorang wakil dari sekolah pandu tampil beri jawapan.

Katanya, mereka yang menghadapi masalah pembelajaran boleh memandu dengan syarat mereka waras, mampu membuat pertimbangan baik serta memiliki IQ yang munasabah.

Beliau berkata semua faktor itu diuji di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Ini komennya menerusi FreeMalaysiaToday:

“Semua pemohon OKU biasanya perlu menjalani beberapa siri ujian untuk melihat pertimbangan mereka dan daya intelek.

“Saya sudah melatih ramai individu lembam. Kekurangan mereka ketika belajar, dipindahkan kepada pengendalian kereta. Mereka biasanya bagus dalam pemanduan.

“Ada yang lebih bagus daripada individu normal lain, dan mereka mengamalkan pemanduan berhemah, lebih daripada biasa.

“Saya lebih risau mengenai pemandu yang ada kes sawan, dan mereka yang memandu di bawah pengaruh bahan terlarang,”

Sementara itu, seorang pegawai kanan JPJ Pulau Pinang mengesahkan apa yang diberitahu oleh pengajar kelas memandu berkenaan.

Semeamngnya, individu yang disahkan lembam boleh memperoleh lesen memandu tetapi ada syaratnya.

Ini komen pegawai berkenaan:

“Tetapi sebelum bermula, mereka perlu menjalani ujian IQ, secara lisan atau tulisan, untuk menentukan seseorang itu layak memandu atau tidak.

“Kemudian, sijil perubatan daripada doktor diperlukan untuk mengesahkan individu terbabit boleh memandu,” 

“Kami selalu lihat individu yang menghadapi masalah tumpuan boleh memandu tetapi gagal dalam kod lebuh raya. Ini yang kami pantau,” 

Pegawai JPJ itu menambah, sekiranya seseorang yang lembam gagal kod lebuh raya berkomputer sebanyak 3 kali, peperiksaan khas lisan dengan kad kiu akan dijalankan pula.

0 comments:

Post a Comment