Sunday, March 26, 2017

Uqasha Senrose Minta Maaf Kepada Isteri Shah Iskandar Tetapi Masih Hairan Kerana..

Uqasha Senrose Minta Maaf Kepada Isteri Shah Iskandar Tetapi Masih Hairan Kerana..



Pelakon penuh kontroversi Uqasha Senrose akhirnya telah meminta maaf kepada isteri Shah Iskandar.

Ini ekoran tersebar gambar yang menjadi isu hangat apabila dia dan Shah Iskandar mesra dan berpegang tangan di satu majlis.

Foto itu mejadi viral kerana ramai mempersolkan mengapa Uqasha Senrose memegang tangan Shah Iskandar yang merupakan suami orang.

Ini komen Uqasha:

MOHON MAAF KEPADA ISTERI SHAH

"Saya ada menyampaikan pesanan melalui Shah kepada isterinya bahawa saya meminta maaf dan minta dia jelaskan perkara sebenar pada majlis berkenaan, saya tiada apa-apa hubungan dengan suami dia.

"Saya tidak mahu perkara ini menimbulkan perasaan tidak senang terhadap saya. Shah sudah beritahu isterinya tentang itu dan dia juga faham situasi kami,"

HAIRAN SIKAP ORANG RAMAI

"Saya hairan kerana hanya kami yang dijadikan isu sedangkan ada pasangan lain di situ yang berjalan rapat dan mesra juga.

"Saya dan Shah banyak kali digandingkan bersama, saya juga hormat dia sebagai suami orang. Bila perkara ini berlaku saya jadi segan dengan isteri dia,"



Semoga menjadi pengajaran buat Uqasha Senrose.

Sumber: mStar

0 comments:

Post a Comment