Sunday, April 30, 2017

17 Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Che Puan Juliana Evans Dan Tengku Shariffuddin Shah

17 Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Che Puan Juliana Evans Dan Tengku Shariffuddin Shah


Pelakon Juliana Evans kini secara rasminya sah bergelar seorang isteri.

Juliana Evans telah selamat bernikah dengan Y.A.M Tengku Shariffuddin Shah bin Y.A.M Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj semalam.

Juliana Sophie binti Johari Evans selamat diijabkabul bersama suaminya yang merupakan kerabat diraja Johor dan Selangor itu dengan sekali lafaz di sini pada jam 10.45 pagi.

Mereka berdua telah dinikahkan oleh Imam Masjid Istana Alam Shah Klang, Imam Paduka Tuan Mohd. Rasid bin Mahful.

Pasangan ini tidak mengikat tali pertunangan dan hanya terus melangsungkan akad pernikahan sahaja.

Majlis pernikahan diRaja ini berjalan lancar dengan dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-belah pihak.

Kedua pengantin baru memakai baju putih yang amat cantik dan kelihatan mewah sekali.

Jom lihat koleksi foto sekitar majlis pernikahan Juliana Evans dan suaminya.

 















Friday, April 28, 2017

“You Ada Masalah Dengan Itu? Guna Akal !!” – Fasha Sandha Mengamuk Terus Sound

“You Ada Masalah Dengan Itu? Guna Akal !!” – Fasha Sandha Mengamuk Terus Sound


Pelakon Fasha Sandha dilihat mengamuk dengan dengan follower yang mengatakan dia suka menunjuk-nunjuk dengan anaknya.

Fasha memang kerap memuatnaik video dan gambar kedua-dua anaknya di laman instagram dan mempunyai hashtag tersendiri.

Apabila ditegur oleh seorang wanita tentang hal itu, Fasha dilihat terus mengamuk dan sound wanita berkenaan.

Ini komen Fasha Sandha:

"You ada masalah dengan itu? Sila unfollow"

"if you dont have something to say, just diam. Tak payah komen. Guna akal sebelum komen. Thanks"




Para follower Fasha Sandha yang lain dilihat menyokong pelakon itu tentang hal ini.

Kata mereka itu IG milik Fasha dan suka hati Fasha dia nak buat apa.

Pelakon Esma Daniel Akui Telah Bercerai, Dedah Punca Penceraian

Pelakon Esma Daniel Akui Telah Bercerai, Dedah Punca Penceraian



Pelakon Esma Daniel membuat pengakuan mengejutkan tentang status perkahwinannya.

Esma akhirnya akui telah bercerai dengan isterinya, Nitra Sari Omar sejak November tahun lalu.

Pelakon berumur 48 tahun ini perlu mengambil masa agak lama untuk membuat pengakuan berikutan perlu mengumpul semula semangat dan kekuatan.

Baginya waktu ini adalah masa yang sesuai untuk dia mendedahkan statusnya kerana jika terus mendiamkan diri, dia bimbang ia boleh mendatangkan masalah di kemudian hari.


Ini komennya:

"Ini adalah kali kedua saya gagal dalam perkahwinan dan pastinya ia satu perkara sukar untuk saya terima. Namun, saya perlu akur apabila kami sudah tiada jodoh untuk bersama.

"Bekas isteri kini menetap di Johor Bahru bersama enam anak kami. Saya tak nafikan, jarak yang jauh dan sibuk dengan pekerjaan antara punca perpisahan ini," 


"Jika diikutkan saya tidak mahu bercakap mengenai perkara ini, tetapi saya perlu akur bahawa saya adalah golongan artis yang juga milik masyarakat. 


"Jika saya terus berdiam diri, lama kelamaan mereka akan bertanya juga dan saya pula bukanlah seseorang yang suka berkongsi semua perkara di laman sosial"

"Demi anak-anak, kami harus berbaik dan saya perlu terus bekerja untuk membesarkan mereka,"

Esma dan Nitra Sari berkahwin pada 2002 dan dikurniakan enam anak yang kini berusia setahun hingga 10 tahun.

Ia adalah perkahwinan keduanya selepas bercerai dengan pelakon, Sherie Merlis.

Hasil perkongsian hidup dengan Sherie, mereka dikurniakan dua anak.
Thursday, April 27, 2017

8 Foto Koleksi Kereta Mewah Milik Adib, Kekasih Hati Izara Aishah

8 Foto Koleksi Kereta Mewah Milik Adib, Kekasih Hati Izara Aishah


Adib merupakan kekasih hati kepada pelakon jelita Izara Aishah.

Jejaka ini merupakan CEO syarikat Tune Studios, seorang yang berjaya dan amat kaya.

Adib merupakan anak kepada Dato K dan juga anak tiri Dato Siti Nurhaliza.

Baru-baru ini, Adib ada membuat pengakuan sedang membuat perancangan untuk menikahi Izara pada tahun ini.

Baca kenyataan dari Adib tentang Izara Aishah ( DI SINI ).

Pasangan ini sememangnya bercinta secara terbuka dan tidak pernah menyorokkan status percintaan mereka.

Malah mereka sering kelihatan bersama di majlis-majlis dan kerap memuatnaik gambar bersama di laman sosial Instagram.

Untuk pengetahun, Adib mempunyai kereta mewah yang amat mengiurkan.

Gambar ini dimuatnaik oleh Adin di laman sosial miliknya.

Jom layan:








"Saya Tak Boleh Tahan Lagi.." Ini Nukilan Sayu Terakhir Thaqif Sebelum Meninggal Dunia

"Saya Tak Boleh Tahan Lagi.." Ini Nukilan Sayu Terakhir Thaqif Sebelum Meninggal Dunia



Ini Komen Luahan Hati Bapa Kepada Thaqif, Pelajar Tahfiz Yang Baru Meninggal Dunia

Ini Komen Luahan Hati Bapa Kepada Thaqif, Pelajar Yang Baru Meninggal Dunia



Bapa pelajar madrasah tahfiz, Mohamad Thaqif, yang meninggal dunia iaitu Mohd Gaddafi Mat Karim telah tampil memberi komen.

Pihak keluarganya telah redha dengan pemergian anak tersayang dan tidak pernah berdendam atau mahu menyaman mana-mana pihak buat masa ini.

Bapa Thaqif ini berkata dia akan menyerah kes berkenaan kepada polis untuk mengambil tindakan.

Gaddafi  juga berharap orang ramai tidak menyalahkan institusi sekolah tahfiz secara keseluruhan.

Dia berharap tidak ada ibu bapa menjadi fobia atau takut mahu menghantar anak mereka ke sekolah tahfiz untuk belajar agama.

Mohd Gaddafi  juga akan tetap menghantar dua lagi anak lelakinya meneruskan pengajian dalam bidang keagamaan di sekolah tahfiz. 

Ini komennya:

"Saya sudah memaafkan siapa yang terbabit, kami tidak berdendam dan biar kejadian ini jadi iktibar untuk semua,"

"Kalau diikutkan perasaan marah itu memang ada, apa tidaknya nyawa anak saya sudah tiada tetapi saya reda dan memaafkan semua. Tidak ada pun mahu memfailkan saman pada sesiapa. 

"Kami serahkan kepada polis untuk menyiasat dan siapa yang bersalah biarlah undang-undang menghukumnya. Apa yang penting punca kejadian ini dijadikan iktibar untuk kami sekeluarga dan masyarakat,"

"Saya tidak mahu aibkan mana-mana pihak. Biarlah polis jalankan siasatan dan tidak perlu salahkan anak-anak tahfiz ini,"

Jumaat lalu, kedua-dua belah kaki Mohamad Thaqif terpaksa dipotong susulan masalah kesihatan yang didakwa berlaku selepas disebat pembantu warden sebuah madrasah tahfiz.

Mohamad Thaqif meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI)

Jenazah Mohamad Thaqif dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam FELDA Bukit Aping Timur di sini kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi.
Wednesday, April 26, 2017

(16 Gambar) Rumah Banglo Mewah Milik Dato Chef Wan Yang Memukau

(16 Gambar) Rumah Banglo Mewah Milik Dato Chef Wan Yang Memukau


Dato Chef Wan merupakan chef paling popular dan atra yang terhebat di Malaysia.

Celotehnya sebagai chef sememangnya sesuatu yang menyeronokkan untuk ditonton manakala kehebatannya sebagai chef tidak boleh disangkal lagi.

Chef Wan boleh dikatakan antara nama besar di dunia masakan di Malaysia dan dia seorang yang amat berjaya.

Untuk pengetahuan, Chef Wan mempunyai rumah Banglo yang amat mewah dan cantik yang terletak di Garden Residence Cyberjaya Aspen Bungalow.

Jom lihat rumah mewah milik Chef Wan:

Ramai pula fans yg baru followed my IG yg tanya boleh ke tengok rumah CW mcm mana di luar?
Its gated home and that it la.

Its coner lot so tanah ke belakang pun not bad luas boleh la berkebun sekelilinginya.
Alhamdulilah its at Garden Residence Cyberjaya Aspen Bungalow.

Very private kedalam bawa kaki bukit with forest reserve over looking my masterbedroom,its Quite and so peaceful.

Security pun very tight disini.

Yg 4th floor di atas tu its my study/Library room over looking the back Roof top garden.
Juga so private and quite with also an out door dining area roof top juga.
So there plenty of space and they all come with 6 huge bedrooms.

The porch area pun luas my neighbour depan tu boleh park all his 4 cars too.

On the first floor of my home there 3 guest bedroom plus initially another 3 more of the 2nd floor.
Hee hee may be when i am retired i might run a home stay bed and breakfast thing!
If not rumah Urut or Mak Ayam ke!
Pasti gempak Cyberjaya kan.

Anyway they all have a common living area which i have put them together like this for the time being.

What i really want to do is to put a wood panelling on the wall next April and hang my painting.
I might also upholstery the sofa after that to give it more of a plain and simple look to match the living room down stair.

Change a smaller coffee table then what it now.




Morning.A very happy and productive weekend to all of u and family.
Sitting at my library and working room with such a glorious sunny day this morning trying to finish my recipes consulting work.

Right across where i am sitting is this lovely space on the roof top that is huge enough to be partly roof up and turn into a patio roof top garden with a nice out door living area.
Something that is on my list of thing to complete in 2017 once the kitchen job is finish.
Insyallah.

This house come with a huge jacuzzi tub on the roof top.
Its so bloody hot up here why in heaven would i want to sit up in the jacuzzi open up and watch by my neighbours?

So i had them totally removed just before i moved in.

Dah tua2 ni tak kuasa nak berendam lama la...Yg dah kecut tu tetap akan kecut jugak buat la apa pun.Kita bukan kembang semangkuk nak buat Lin Chee Kang tu!

Beside i never had time to enjoy all this pun and jika mandi pun nak cepat2 janji badan tu di bersihkan.

For that reason i rather create a garden up here eventually so that when i work i can have the garden to enjoy right infront me kan... Daripada tengok amoi telanjang dlm Jacuzzi tu baik la saya bela seekor berok diatas ni boleh tengok mereka swing here and there mcm kera kena belacan.
Jgn rupa mcm Haji Bakhil sudah la.

Dosa pun kurang kan.What u are seeing now is the view of all my neighbours home from my roof top on the 3rd floor of the house.

Thank god we have a sunny day as the ground is soaked and for the plants to grow healthy we now need the sun for them to look green and healthy.
Too much rain also is not good.



Taman:



The new yellow flowering plants planted by Serigreen Landscape is looking very nice infront of my main entrance into the garden.

Entah berapa la sepokok tu kena tunggu invoice nya nanti.

Yg penting cantik harga mahal sikit pun saya tak kisah.

Tak belanja kat garden nanti membazir beli yg bukan2 pun at times boleh terjadi.

Baik la cantik kan taman kan hati pun damai dan gembira.


Enough playing in the garden and feeding the fish Bella and Tristan.
Jump into the shower get all dress up and off to our Movie tonight.
Spending the day with the grandchildren and Rina.

Breakfast Table


Setting out breakfast table under the pavillion this morning.
What a glorious and sunny day.
I did a few bed linen wash and towels.
They dried up in no time.

Study Area




At my study area and library tonight.
I need to plan alot of menus and recipes for my upcoming Ramadan Food promotion at the Mosaic restaurant di Mandarin Oriental on the 2nd and 3rd week of the holy month of Ramadan.
Cant believed is just end of May this year.

This time around i would like to feature many of my delicious Asean to other cusine from the middle east as well as the Mediterranean region too base on my world travel serie which i have acquired from all my wonderful guest chefs or through my past years cookery classes in Spain, Morocco, Portugal to Italy.

It would be fun to sample some of this countries signature dishes.

Next is to prepare a proposal for my next new TV cookery serie on Gardenia Bread that include also varieties of Rice and sugar our main Sponsor under Bernas, CSR sugar to Gardenia.

I loved working at this time of the night when your mind is more relax.
Smelling all the fresh breeze from my 4th floor roof top garden terrace only inspired me to come out with creative ideas.

Ruang Tamu






Ruang Makan



Bilik Tidur Tetamu


Kawasan Luar Rumah


Memang cantik rumah Chef Wan ni dan harganya juga memang cantik juga. Tahniah buat Chef Wan. Semoga menajdi inspirasi orang di luar sana.