Thursday, April 20, 2017

Ini Kenyataan Panas Dari Karyawan Yang Kecewa Dengan Kes Benjy

Ini Kenyataan Panas Dari Karyawan Yang Kecewa Dengan Kes Benjy



Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) ternyata kecewa dengan isu yang melanda pelakon Benjy yang ditahan di Indonesia.

Menerusi kenyataan presidennya, kes ini disifatkan sebagai mencalar reputasi industri hiburan tempatan.

Datuk Freddie Fernandez ternyata terkejut dengan berita penahanan Benjy itu dan berkata, pihaknya tidak dapat membantu berikutan kes itu membabitkan undang-undang di negara asing.

Ini kenyataannya: (beritaharian)

"Saya terkejut dan kecewa apabila dimaklumkan mengenai perkara ini. Difahamkan, ia bukan kali pertama Benjy dikaitkan dengan penyalahgunaan barang terlarang. 

"Sebagai persatuan, tidak banyak yang kami boleh bantu kerana ia membabitkan undang-undang negara luar. 

"Dalam hal ini, keluargalah yang seharusnya memberikan sokongan dan menghulurkan bantuan kepada pelakon terbabit kerana mereka lebih berhak. 

"KARYAWAN tidak mempunyai kuasa untuk ke sana kerana ia bukan di bawah bidang kuasa kami," 

Freddie juga berkata, semua artis harus menjadikan kes ini sebagai satu pengajaran agar tidak terlibat dengan bahan terlarang tersebut.


0 comments:

Post a Comment