Monday, April 24, 2017

Isu Hina Nama Ayah Watson Nyambek Bunyi Kambing, Ini Respon Zed Zaidi

Isu Hina Nama Ayah Watson Nyambek Bunyi Kambing, Ini Respon Zed Zaidi



Memang mengejutkan ramai apabila pengacara Ammar Titan yang mempersendakan nama bapa bekas pelari pecut negara, Watson Nyambek dengan bunyi kambing.

Ramai yang tertanya-tanya apa tindakan dari Persatuan Seniman Malaysia yang diterajui oleh Zed Zaidi.

Hari ini, Zed Zaidi tampil meberi respon dan berhasrat mengambil tindakan terhadap artis itu.

Pihak Seniman akan menyiasat perkara berkenaan dan tindakan disiplin akan diambil sekirannya Ammar merupakan ahli persatuan itu.

Ini komen Zed Zaidi:

"Saya telah mengarahkan pengerusi biro dari persatuan Seniman Malaysia supaya menyiasat pekara ini.

"Sekirannya anda (Ammar) ahli Seniman hukuman dan tindakan disiplin akan menyusuli, segalanya akan bergantung kepada siasatan nanti,"


"Saya percaya pengacara tersebut juga akan terasa apabila nama bapanya dipermainkan atau dihina apatah lagi bila orang tuanya itu sudah tiada, apakah perasaan anda ketika itu?


"Anda juga memperlekehkan nama bapa perlumba negara dengan bunyikan suara haiwan dan dari sudut persepsi masyarakat anda menyamakan bapa pelumba tersebut sebagai seekor haiwan.


"Adakah itu cara stesen TV mengajar anda untuk berbuat demikian apabila di kaca TV atau di radio? adakah ini di panggil professional menggunakan lawak bagi sebuah penghinaan dan tidak memikirkan sensitiviti rakyat Malaysia?"


"Segala permohonan maaf yang dilakukan oleh pihak stesen TV dan dari anda sendiri tidak cukup untuk membetulkan kembali imej dan kredibiliti pelumba negara tersebut.


"Anda pasti tahu... membina nama yang baik mengambil masa selama 20 tahun dan merosakkannya, hanya mengambil satu minit dan ia benar-benar memalukan,"



Watson Nyambek ternyata kecewa dan tersinggung dengan lawak yang dibuat oleh Ammar titan itu apatah lagi bapanya telah meninggal dunia tiga tahun lalu.

Watson dikatakan akan meneruskan hajat mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkenaan.


0 comments:

Post a Comment